| Bolehkan anda berikan cadangan terjemahan untuk "Signature dish?" | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Signature dish ialah Sajian Eksklusif atau Sajian Istimewa | Makna | 23.04.2017 |
| Apakah istilah tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'Signature Dish' dalam bidang masakan? | Istilah bahasa Melayu bagi "signature dish" tiada dalam rujukan kami, walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah hidangan atau masakan istimewa atau utama. | Istilah | 28.05.2009 |
| Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang. | Istilah | 06.01.2017 |
| Soalan berkaitan istilah barangan tembikar / seramik. Adakah" Lustre painted dish " bermaksud " Pinggan bercat kilat? atau bercat kilau?" Terima kasih | Salam sejahtera, Lustre painted dish bermaksud pinggan bercat kilat Sekian, terima kasih. | Makna | 25.08.2020 |
| Apakah istilah paling sesuai untuk terjemahan 'exquisite' bagi merujuk kepada makanan (exquisite dish)? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk exquisite dish dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah sajian menarik. | Istilah | 10.04.2017 |
| Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, apa istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk perkataan ‘Assemble’ dalam perkataan Cara-cara ‘Assemble’ Roti Sandwic. Saya cari di dalam kamus tak jumpa istilah yang tepat. Istilah yang ada mengumpul, menghimpun, memasang. Cara-cara mengumpul Roti Sandwic. Cara-cara menghimpun Roti Sandwic, Cara-cara memasang Roti Sandwic. Semuanya serba tak kena. Apa istilah yg sesuai berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya? | Waalaikumussalam wbt, Saya mencadangkan terjemahan bagi kata assemble dalam konteks penggunaan seperti How to assemble a sandwic?, to assemble a dish, to assemble a cake dan sebagainya ialah 'menyediakan'. Terjemahan memasang bagi assemble amat janggal dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk kepada pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan ini. Sekian, terima kasih. | Istilah | 06.06.2024 |