Rancangan itu disiarkan ke udara atau Rancangan itu ke udara ? | Jawapan yang betul ialah Rancangan itu disiarkan atau Rancangan itu ke udara. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Salam. Ayat ini salah atau betul? Kenapa? Rancangan hiburan itu akan disiarkan di TV10 sempena Tahun Baru Cina. Sekian, terima kasih. | Rancangan hiburan itu akan disiarkan melalui TV10 bersempena dengan Tahun Baru Cina. | Tatabahasa | 15.07.2014 |
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa? | Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya. | Lain-lain | 11.05.2012 |
Salam. Saya Nuraishah Affandi dari Serdang, Selangor. Sekitar tahun 2005 dalam akhbar-akhbar tempatan, ada disiarkan berita mengenai kejayaan seorang lelaki bernama Lee Guan Hooi (http://www.mail-archive.com/it-kelantan@yahoogroups.com/msg01517.html) yang mencipta kaedah menguasai Jawi dengan mudah. Semenjak berita itu disiarkan, saya tertunggu-tunggu buku beliau sehingga kini. Jenuh menunggu, saya mula mencari. Pencarian saya menemui bahawa beliau sukar mencari penerbit untuk menerbitkan bukunya (http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=15197), dan berita mengenai beliau terhenti di situ. Tiada dapat saya cari berita sama ada beliau berjaya menerbitkan bukunya atau tidak. Persoalan saya, seandainya beliau masih belum berjaya menerbitkan bukunya, mungkinkah bagi pihak Tuan untuk mempertimbangkan penerbitan buku beliau? Saya tiada perkaitan dengan beliau. Tujuan saya ialah saya ingin mempelajari Jawi kerana saya tidak reti menulis, dan membaca kadangkala masih perlu mengeja. Sekian, terima kasih. | Waalaikum salam.. Puan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut melalui emel noriyani@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 11.12.2010 |
Assalamualaikum/salam sejahtera nak bertanya bila DBP ada iklankan jawatan kosong | Sdr, Pada masa ini tiada iklan jawatan kosong yang disiarkan. Sdr disarankan supaya melayari laman sesawang DBP dari masa ke masa bagi melihat iklan jawatan kosong yang disiarkan. | Lain-lain | 21.03.2010 |
salam.mohon pihak tuan anjurkan pertandingan pantun dan mohon dihebahkan secara besar-besaran. | Untuk makluman puan, semua maklumat kegiatan terkini yang dianjurkan oleh di DBP akan disiarkan dalam laman sesawang DBP iaitu www.dbp.gov.my dan juga disiarkan di akhbar-akhbar perdana. | Lain-lain | 15.09.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam. | Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain. Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain. Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta. Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek. | Lain-lain | 08.11.2008 |
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. | Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Yang manakah betul? Rancangan yang ( dikendalikan / disiarkan ) oleh dua orang penyampai stesen radio ke udara pada setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. | Ayat yang betul ialah "Rancangan yang dikendalikan oleh dua orang penyampai stesen radio ke udara pada setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 pagi". | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Permohonan untuk mendapatkan kelulusan Penggunaan Bahasa/ Tatabahasa untuk disiarkan di Media Pengiklanan Digital Majlis Daerah Tanjung Malim. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 06.02.2018 |