Assalamualaikum, 1. Adakah penggunaan SERANGKAIAN MISTERI tepat bagi menggambarkan misteri-misteri yang disiasat? 2. Perlukah diletakkan penjodoh bilangan bagi remaja. Contohnya: TIGA ORANG REMAJA atau TIGA REMAJA? | 1. Kumpulan cerita misteri yang disiasat. 2. Penggunaan yang gramatis ialah tiga orang remaja. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
erti perkataan aduan,(aduan awam) | Maknanya ialah hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.02.2010 |
Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan berkaitan cara menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Berikut merupakan soalan contoh bagi soalan yang telah saya ajukan. 1. Pihak polis sedang menyiasat kes pembunuhan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jawapan 1. Kes pembunuhan itu sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 2. Kes pembunuhan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh pihak polis. Soalan saya, apakah jawapan yang paling tepat? Adakah unsur keterangan " di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan" boleh diletakkan pada bahagian tengah ayat? | Kedua-dua ayat pasif ini betul. Perbezaannya kata sendi nama "oleh" boleh digugurkan dalam ayat pertama, tetapi dalam ayat kedua kata sendi nama "oleh" tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun. | Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat. Terima kasih. | Lain-lain | 28.12.2008 |
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai.. | Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.09.2014 |
Kepada editor, saya ingin membuat aduan kerana sejak July 2011. Saya memesan buku dewan pelajar tetapi hanya menerima 1 buku bulan ogos sahaja sehingga hari ini tidak menerima apa apa buku. Saya memesan mulai Julai 2011 hingga June 2012, saya menelefon/fax ke pejabat yang disenaraikan dalam buku tetapi tidak seseorang pun yang menjawab telefon. Harap tuan dapat menyiasat perkara diatas. | Terima kasih atas makluman. Perkara ini akan disiasat dan tindakan telahpun diambil dengan menghantar naskhah kepada pihak puan. | Lain-lain | 29.04.2012 |
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |