Ayat manakah yang betul? A) Data itu disimpan di dalam komputer. B) Data itu disimpan dalam komputer. | Jawapan yang betul ialah A) Data itu disimpan di dalam komputer. | Lain-lain | 22.12.2010 |
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC di dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga. | Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 06.05.2023 |
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC ke dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga. | Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 12.04.2023 |
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. | Tatabahasa | 31.03.2023 |
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? | Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. | Tatabahasa | 29.03.2023 |
Salam. Adakah penggunaan kata sendi "dari" dalam ayat berikut betul? Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung. Kata sendi "dari" atau "daripada" yang harus digunakan dalam ayat ini? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi 'dari' dalam ayat "Makanan harus disimpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari langsung" tersebut tidak tepat kerana 'cahaya matahari' berfungsi sebagai sumber, bukan arah atau tempat. Jika arah atau tempat, barulah boleh digunakan kata sendi 'dari'. Sehubungan dengan itu, kata sendiri yang perlu digunakan adalah "daripada". | Tatabahasa | 20.11.2015 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan dari/daripada: 1a) Dokumen tersebut telah dipadamkan daripada Google Drive dan semua peranti anda. 1b) Dokumen tersebut telah dipadamkan dari Google Drive dan semua peranti anda. 2a) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 2b) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan dari semua peranti anda. 3a) Terima pemberitahuan daripada app Google Cloud. 3b) Terima pemberitahuan dari app Google Cloud. 4a) Muat turun app ini daripada PlayStore. 4b) Muat turun app ini dari PlayStore. Adakah Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar merujuk kepada tempat? Terima kasih kerana membantu. | Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar ialah perkhidmatan, sistem, aplikasi dan peranti. Ayat yang betul ialah: 1. Dokumen tersebut telah dipadamkan dalam Google Drive dan semua peranti anda. 2. Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 3. Terima pemberitahuan daripada aplikasi Google Cloud. 4. Muat turun aplikasi ini melalui PlayStore. | Tatabahasa | 17.05.2023 |
apakah makna gundi? Contoh ayat: Tenggiling itu disimpan di dalam gundi dan disorok di dalam keretanya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, gundi ialah sejenis buah; kembal gundi (Perak) kembal yang berbentuk buah dan dihiasi dengan kertas berwarna. Daripada contoh ayat yang diberikan, perkataan gundi tidak tepat digunakan. Perkataan yang hampir dan sesuai digunakan dengan konteks ayat ialah guni. | Makna | 08.07.2013 |
Saya cuba daftar tetapi rekod tidak dapat disimpan. Jadi saya harap dapat menerima bantuan dengan cara ini. Saya perlukan terjemahan istilah genetik narrow-sense heritabilities dalam Bahasa Melayu. TK | Ejaan yang betul ialah narrow-sense heritability. Maknanya ialah keterwarisan erti sempit. | Istilah | 18.12.2008 |
Bagaimana cara untuk menggunakan sistem ini? adakah data-data yang saya masukkan semasa untuk mendaftar selamat disimpan? | Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Maklumat yang dimasukkan selamat disimpan di dalam sistem kami. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2013 |