bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan | Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item. | Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul. | Tatabahasa | 21.01.2015 |
adalah perkataan 'terhadap' sesuai untuk ayat berikut? apakah ayat yang paling sesuai untuk contoh ayat di bawah? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan | Penggunaan kata sendi ‘terhadap’ dalam ayat yang tuan kemukakan betul. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar? | Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan. | Istilah | 05.03.2013 |
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...? | Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi. | Lain-lain | 28.07.2007 |
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan artikel 'Yang Baru dan Baharu Mungkin Tetap Baharu' dalam Klik DBP (5.2.2012). Penjelasan sedemikian amat diperlukan oleh pengguna. Syabas untuk penulis. Soalan saya: Jadi apakah kelas kata untuk 'baru'? Jika penulis mengatakan 'baharu' dan 'baru' ialah kata adjektif dalam menyatakan maksud "new", lalu bila mengungkapkan maksud "just" dan "recently" (kedua-duanya adverb dalam kelas kata BI) apakah kelas kata bagi 'baru' itu? Dalam Kamus Dewan (versi laman web), dinyatakan bahawa 'baru' adalah kata tugas yang antaranya bersinonim dengan kata adverba 'sesudah' dan 'sebaik saja'. Bolehkah disimpulkan, 'baru' itu adalah kata tugas dan juga kata adverba? atau bagaimana? Terima kasih. | Kata baru dalam konteks makna just dan recently berfungsi sebagai Kata Bantu (dalam dolongan Kata Tugas). Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 258 baru tergolong dalam Kata Bantu Aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Baru juga boleh berfungsi sebagai adverba dan mengikut konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.02.2012 |
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul? | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i) | Tatabahasa | 06.12.2007 |
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih | 1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. | Istilah | 25.08.2009 |
Adakah frasa 'tinta azimat' yang sepatutnya bermaksud kata-kata hikmat, wujud? | Menurut Kamus Dewan “tinta” bermaksud dakwat dan “azimat” bermaksud bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas dan sebagainya. Manakala, “hikmat” pula merujuk kepada erti atau maksud yang dalam. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan bahawa “tinta azimat” merupakan hasil tulisan seseorang pada kertas atau medium lain berkenaan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan, sebaliknya “kata hikmah” merupakan kata-kata atau perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam penulisan rasmi penggunaan frasa "tinta azimat" tidak wujud. | Makna | 05.05.2020 |