Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiplin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah cara untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan?

Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan, saudara perlu mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Jika tidak, saudara hanya perlu merujuk kamus etimologi dsb.

Lain-lain26.03.2009
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
Disiplin dan menepati masa merupakan dua faktor yang boleh menjadikan kerja seseorang itu bagus. MUNSYI, ADAKAH BAGUS SALAH DALAM AYAT INI? APAKAH KATA SESUAI DIGANTIKAN?Bagus bermaksud berkeadaan atau bersifat baik dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang sesuai ialah baik, teratur dan sebagainya.Tatabahasa15.04.2012
apakah mksd disiplin????bagi seertiDisiplin ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib.Makna04.04.2009
ISTILAH ATAU MAKSUD DISIPLIN ILMU DAN MAKSUD ILMU BUDAYAdisiplin ilmu ialah program ilmu dan ilmu budaya ialah ilmu yang membicarakan sesuatu budaya.Makna24.10.2007
maksud perkataan masalah disiplin

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud masalah ialah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Disiplin pula ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku yang berkaitan.

Makna07.09.2008
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera?Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari  bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang  berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya.     Lain-lain11.08.2008
1a)(Dengan kata-kata lain,)kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 1b)(Dengan kata lain, )kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 2. (Kerja-kerja menangkap ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. 2b) (Kerja-kerja penangkapan ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. Kedua-dua ayat di atas, manakah ayat betul? Bolehkah beri penerangannya.

1) Dengan kata lain kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. - kata tidak perlu digandakan untuk merujuk kepada jamak.

2) Kerja-kerja menangkap ikan laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. -  kata menangkap merujuk kepada perbuatan, manakala penangkapan merujuk kepada proses tersebut. Oleh itu, kata yang paling tepat ialah menangkap.

Tatabahasa10.08.2010
para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah bukan dinasihati digunakan dalam ayat ini? TKMenasihati bermaksud memberi nasihat kepada (bentuk pasifnya dinasihati), manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat (bentuk pasifnya dinasihatkan). Berdasarkan makna tersebut, lazimnya menasihati diikuti dengan objek (manusia) menjadi guru menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri dan bentuk pasifnya pelajar dinasihati guru agar sentiasa menjaga disiplin diri.Sastera09.04.2012
Tindakan disiplin tetap akan diambil ke atas kakitangan yang cuai dalam menjalankan tugas. Soalan : Mengapakan penggunaan frasa "di atas" salah?Kedua-dua "di atas" dan "ke atas" adalah salah.  Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya: Buku itu ada di atas meja. 

 Perkataan yang betul ialah "terhadap". 

Tindakan disiplin tetap akan diambil terhadap kakitangan yang cuai dalam menjalankan tugas.
Tatabahasa12.09.2012
12345

Kembali ke atas