Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih. | Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
| Tatabahasa | 03.08.2012 |
mohon untuk semak penggunaan bahasa. | 1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI" SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? 2. Sila betulkan seperti yang berikut: Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut: - DIDENDA - HARTA DISITA - HARTA DILELONG
| Tatabahasa | 12.09.2012 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 19.03.2024 |