Hi, apakah terjemahan bagi "disk defragment" dalam bahasa Melayu? Contoh ayat: Disk Defragmenter runs on a schedule, but you can also defragment your hard disk manually. Terima kasih. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk disk defragment ialah nyahfragmen cakera. | Istilah | 25.09.2012 |
CDRI (COMPACT DISK RECORDABLE INTERACTIVE) | CDRI (CAKERA PADAT BOLEH RAKAM SEMULA INTERAKTIF) | Istilah | 26.11.2010 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax disk"? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Tax_disk Terima kasih. | Dalam konteks negara kita tax disc ialah road tax atau padanannya ialah Cukai Jalan. Sila sesuaikan terjemahan tersebut dengan konteks yang diperlukan sama ada bahasa sumber atau bahasa sasaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
hai ingin tanye istilah untuk "sparse" berkaitan dengan IT. huraian: sparse image is a type of disk image file used on macOS | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi perkataan sparse dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sparse bermaksud adj scanty, meagre, not dense, jarang; (of population) tidak /padat, ramai/; (of information, coverage, etc) sedikit, tidak banyak: trees in the area are ~, pokok-pokok di kawasan itu tumbuh jarang;. Dalam istilah bidang teknologi maklumat, terdapat istilah sparse array yang padanannya ialah tatasusunan jarang. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2018 |