saya amat berminat dalam bidang penulisan tetapi prosedur yang di minta oleh pihak dewan bahasa contohnya majalah dewan bahasa agak ketat.. jadi saya ingin tahu adakah disket diperlukan untuk menghantar karya? dan saya ingin tahu satu persatu langkah-langkah yang di perlukan oleh saya atau rakan lain untuk menghantar karya.. kerjasama pihak tuan dan puan amat dihargai untuk pengetahuan juga saya pernah mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh oihak dbp di hotel king melaka dan saya telah memenangi sebuah buku kerana mencipta cerpen pendek mengenai hang tuah dan hangjebat di zaman moden..hehehe terima kasih kepada yang sudi memilih.. asslammualaikum | Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Dalam hal menghantar karya berupa manuskrip novel, cerpen, artikel dan lain-lain ke penerbitan DBP (atau penerbitan lain), sebaik-baiknya perlulah mengikuti prosedur penerbitan yang ditetapkan oleh pihak tersebut. Selain daripada menghantar teks manuskrip, sdr. amat digalakkan menyertakan salinan disket bagi memudahkan tugas editor untuk tujuan penerbitan karya tersebut. Selamat berkarya! Sekian dan salam. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Apakah yang lazim digunakan bagi istilah 'soft copy'? Apakah perbezaan SALINAN SOFT COPY dengan SALINAN DIGITAL? | Puan, "Soft copy" dan salinan digital ialah perkara yang sama, iaitu salinan dalam bentuk digital,iaitu dalam disket dsb.. "hard copy" pula ialah salinan cetak. | Istilah | 09.11.2010 |
Saya sebagai guru yang pernah melatih murid memasuki pertandingan pantun ingin mengutarakan pertanyaan. Saya ingin menerbitkan pantun ciptaan sendiri berdasarkan tema pertandingan peringkat daerah. Siapakan yang perlu saya rujuk di DBP? Buku pantun sangat bermanfaat untuk murid sekolah. | Tuan boleh mengemukakan manuskrip berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Tingkat 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 04.09.2017 |
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih. | Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak, dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis. Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku. Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
BAGAIMANA HENDAK MENERBITKAN BUKU ANTROPOLOGI SEJARAH MELAYU SIBU | Saudara, Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah judul di atas telah siap ditulis sebagai sebuah manuskrip yang lengkap atau masih pada peringkat penulisan? Sekiranya telah siap ditulis dalam bentuk manuskrip, maka saudara boleh terus menghantar manuskrip yang berkenaan kepada kami. Penyerahan ini mohon disertakan dengan surat dan bahan iringan iaitu manuskrip, disket, biodata saudara dan sinopsis tentang judul yang berkenaan. Sinopsis ini harus merangkumi keterangan isi kandungan judul, jumlah bab, keterangan bab, jumlah ilustrasi yang digunakan (sekiranya ada) dan jumlah halaman manuskrip dan sasaran pembaca yang ditujukan. Nyatakan juga tentang kekuatan manuskrip ini. Kami akan menilai manuskrip ini untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan penerbitannya, kami akan memaklumkan kepada saudara dan proses penerbitan selanjutnya akan diteruskan. Lesen perjanjian juga akan ditandatangani antara saudara (selaku penulis) dengan DBP. Saya harap penjelasan yang ringkas ini membantu saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2010 |
salam, saya ingin tahu syarat syarat sekiranya ingin menghantar karya untuk dinilai seterusnya diterbitkan oleh pihak dbp, terima kasih | Karya boleh boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), sekiranya pembaca sasarannya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remja. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4, langkah dua baris. Selain menghantar manuskrip bercetak (hardcopy) saudara juga perlu menghantar disket atau CD (softcopy) untuk memudahkan proses seterusnya. | Lain-lain | 31.12.2009 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai Penerbitan Buku. Saya mempunyai dua Manuskrip Buku dalam bidang Sains Sosial yang berhasrat ingin menerbitkannya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagaimanakah saya berurusan mengenai Penerbitan Buku ini. Terima Kasih. Ibrahim Musing. | Assalamualaikum, Saya mohon saudara kemukakan kedua-dua judul yang berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Serahkan bahan yang berkenaan kepada: Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, Tingkat 13, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Bahan ini boleh juga dihantar melalui emel dengan menyertakan fail judul dan maklumat lain seperti di atas ke alamat emel kamsiah@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 31.05.2010 |
Tuan, saya minat menulis dan berkarya, bagaimana caranya untuk saya memulakan bidang menulis karya di Dewan Bahasa dan Pustaka? Apakah yang sesuai untuk saya? Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan novel dan jenis apakah yang sesuai? Dan adakah DBP juga menerima cerpen, sajak, puisi, cereka dan lain-lain karya? Terima Kasih. | Sdr. boleh menghantar karya berdasarkan kepada minat sdr. (sama ada puisi, cerpen, novel dan lain-lain) kepada pihak DBP untuk tujuan penerbitan. Karya kreatif (puisi, cerpen dan rencana dan lain-lain) boleh dihantar kepada editor majalah terbitan DBP. Alamat boleh dirujuk pada setiap majalah yang berkaitan. Bagi manuskrip novel, sdr. boleh menghantar teks tersebut berserta disket kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian. | Lain-lain | 12.01.2009 |