Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disoal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "disoal tanya" wujud dalam kosa kata bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Soal dan tanya sama sahaja maksudnya. Oleh itu, tidak wujud frasa disoal tanya dalam bahasa Melayu.Istilah05.07.2012
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
PENGGUNAAN BAHASA 1) PENGANTARAAN ATAU PENGANTARAN 2) PENGHANTARAAN ATAU PENGANTARAAN SOALAN TWITTER DBPAntara semua perkataan yang disoal, hanya perkataan PENGANTARAAN yang mempunyai maksud iaitu
perbuatan (hal, cara dan sebagainya) mengantarai atau hal yang memisahkan dua benda dan lain-lain.


Tatabahasa18.01.2018
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'melenting dan menganjal' terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud melenting ialah . membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya.

Makna17.04.2010
Encik, Pertanyaan Tentang Kekeliruan Bahasa Melayu Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 1. Setelah tiga tahun meninggalkan pelajaran bahasa melayu, saya telah menyedari bahawa saya masih lemah dalam memberikan makna tentang kata sifat. Hal ini telah menyebabkan kesukaran bagi saya untuk memahami sesuatu ayat. 2. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menanyakan beberapa kata sifat kepada pihan tuan. Kata-kata sifat tersebut adalah acap, gonjo dan dumba-dumba. Kata-kata sifat tersebut sering digunakan oleh guru bahasa melayu saya dan menyukarkan saya untuk memberi tindakbalas apabila disoal tentang maksud kata-kata sifat tersebut. Saya berharap agar pihak tuan dapat menjelaskan lagi makna sebenar kata-kata sifat tersebut kepada saya. Jasa dan ilmu daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian,terima kasih.Untuk makluman tuan, kata sifat dalam buku Tatabahasa Dewan, dikenali sebagai kata adjektif. Kata adjektif boleh diuji dengan menyertakan kata penguat seperti amat dan sangat sebelum atau selepas kata adjektif. Contohnya, perkataan sayang boleh didahului kata amat menjadi amat sayang. Berdasarkan perkataan yang dilampirkan, perkataan acap boleh didahului kata penguat menjadi amat acap. Perkataan gonjo ialah dialek Negeri Sembilan yang tergolong dalam kata kerja. Dan tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami tentang perkataan dumba-dumba.Tatabahasa07.04.2014
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini?

1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat.

2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa16.11.2011
Hal ini demikian kerana apabila seseorang guru...Soalan 1 : Bolehkah kata 'kerana + apabila' dalam sesuatu ayat? Soalan 2 : 'kerana' dalam ayat tersebut kata keterangan atau kata hubung?Kerana dan apabila ialah kata hubung keterangan dan kita harus ingat kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan sudah pastilah penggunaannya pun tidak sama. Oleh itu, kata keterangan kerana dan apabila boleh hadir dalam satu ayat. Contoh ayat: "Tentulahlah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza" dan "Dia tetap berdolak-dalik apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang".Tatabahasa29.05.2011

Kembali ke atas