| salam. saya seorang guru yang sedang berhadapan dengan masalah fahaman murid dalam penggunaan penanda wacana. keadaan ini timbul kerana pelajar saya telah disogokkan oleh pihak luar dengan beberapa maklumat yang mengelirukan. untuk itu saya ingin mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang penanda wacana serta bilangan penanda wacana yang telah dimaktubkan oleh pihak dbp. | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 31.07.2010 |