Dalam penulisan laporan, isu/perkara yang dilaporkan biasanya akan disokong dengan maklumat lanjut dalam jadual. Saya ingin tanya, mana yang betul atau lebih sesuai? 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: 2. Butiran terperinci seperti di jadual berikut: 3. Butiran terperinci seperti di dalam jadual berikut: 4. Butiran terperinci adalah seperti dalam jadual berikut: 5. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut: 6. Butiran terperinci adalah seperti di dalam jadual berikut: | Jawapan yang sesuai ialah 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: | Tatabahasa | 08.04.2015 |
salam saya ingin menrealisasikan Koperasi E-Sukan Selangor tetapi KKM mengatakan E-Sukan tidak wujud dalam kamus dewan bahasa. http://www.e-sukan.com/ - disokong oleh KBS mohon bantuan pihak tuan | Untuk makluman, perkataan e-sukan tiada dalam pangkalan data kami. Sila berikan maklumat lebih lanjut mengenai perkataan "e-sukan" dan huruf "e" tersebut. Untuk makluman, huruf "e' tersebut hanya diterima sekiranya huruf tersebut merujuk kepada perkataan "elektronik". Contohnya: e-kerajaan | Lain-lain | 26.11.2015 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul adalah seperti yang berikut: 12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Pak Mat telah ( mengait /menjolok)buah kelapa dengan sebatang galah yang panjang. | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada perbuatan seseorang sama ada mengait atau menjolok. Penggunaan perkataan tersebut lebih jelas sekiranya disokong dengan imej. Bagi penggunaan di sekolah, pihak puan perlu mengikut skema yang telah ditetapkan. | Lain-lain | 29.05.2018 |
"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih. | Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Saya Huda Samea sedang belajar bahasa melayu dasar di universiti Fatani Thailand, ingin bertanya, apakah langkah dasar dalam bermula tulis karangan bahasa Melayu ? Terima Kasih. | Untuk permulaan menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004. | Lain-lain | 24.10.2013 |
saya Afnanee Panae sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,uiy.Ingin bertanya DBP,Apakah cara mula menuulis karangan bahasa Melayu.Terimakasih. | Untuk permulaan untuk menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Pertama sekali terima kasih kerana memberikan masa untuk menjawab soalan yang bakal saya ajukan. Soalan saya adalah berkenaan kata majmuk. Mengapakan kata majmuk dalam bahasa Melayu tidak produktif, namun jika dilihat di negara Indonesia, penggunaan kata majmuknya begitu luas dan merangkumi penggunaan dalam seharian. Soalan kedua pula adalah mengapa masih lagi dilihat penggunaan kata majmuk umum juga disalahtafsirkan sebagai kata majmuk mantap , dan mengapa bentuk kata lazim tersebut tidak diangkat sebagai kata majmuk mantap. | Jawapan kepada soalan pertama: Dakwaan puan berkaitan kata majmuk bahasa Melayu tidak produktif berbanding bahasa Indonesia yang puan dakwa begitu meluas dan merangkumi penggunaan harian tidak disokong data konkrit. Tiada kajian akademik yang menjadi asas dakwaan puan. Jawapan soalan kedua: Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 73-74 untuk mengetahui senarai kata majmuk mantap. Selain itu, puan harus boleh membezakan kata majmuk dengan sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang dieja bercantum, contohnya peribadi, sukacita, manakala, dan lain-lain. | Ejaan | 11.07.2018 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan". | Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat, kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas. | Makna | 14.08.2016 |