Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. lack of order, disarrangement, (keadaan) berse(le)rak; (of retreating troops) keadaan kelam-kabut: the burglars left the house in a state of ~, perompak-perompak meninggalkan rumah itu dlm keadaan berselerak; 2. breach of peace, commotion, kekacauan: the army was brought in to deal with the ~ in the city, pihak tentera dibawa masuk utk mengatasi kekacauan di bandar raya itu; 3. failure to function properly, gangguan: bowel ~, gangguan usus; digestive ~, gangguan pencernaan; stomach ~, gangguan pd perut; nervous ~, gangguan saraf; mental ~, gangguan mental. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disorder


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, bolehkah pihak DBP membantu dengan senarai penterjemahan untuk penyakit2 mental seperti depression (kemurungan) dll? Apakah penterjemahan yang sesuai untuk istilah-istilah medikal berikut? Anxiety (Keresahan?) Panic Attack Obsessive Compulsive Disorder Bipolar Disorder Eating Disorder Emotional and Behavioural Disorder Schizophrenia (Skizofrenia?) Ribuan terima kasih. WassalamBerikut adalah padanan istilah yang dinyatakan di atas dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan:
  1. Anxiety: Keresahan
  2. Panic attack: Serangan panik
  3. Obsessive-compulsive disorder: Kecelaruan obsesif-kompulsif
  4. Bipolar disorder: Kecelaruan rasa hati
  5. Eating disorder: Gangguan makan
  6. Emotional and Behavioural Disorder: Kecelaruan emosi dan tingkah laku
  7. Schizophrenia: Skizofrenia
Untuk makluman puan, istilah ini boleh didapati melalui carian pada laman web https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah19.02.2021
Adakah post-traumatic stress disorder boleh dipadankan dengan Gangguan Tekanan Pascatrauma? (Post-traumatic stress disorder sering disingkatkan menjadi PTSD, bolehkah padanannya juga disingkatkan ke GTP?)

Untuk makluman tuan yang budiman, padanan istilah bahasa Melayu untuk perkataan postraumatic stress disorder ialah kecelaruan stres pascatrauma. Untuk pengetahuan tuan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan.

Istilah19.11.2018
Apakah terjemahan terbaik untuk 'colony collapse disorder'?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "colony collapse disorder" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan seperti yang berikut: 1. colony - koloni 2. collapse - runtuh, roboh, musnah, hancur    3. disorder - gangguan, kecelaruan, kekacauan, kerosakan. Padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya: gangguan keruntuhan koloni atau gangguan kemusnahan koloni.Istilah10.06.2014
DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERKECELARUAN JATI DIRI/IDENTITI DISOSIATIFIstilah07.04.2011
MULTIPLE PERSONALITY DISORDERKECELARUAN PERSONALITI BERGANDAIstilah07.04.2011
Salam tuan/puan, gastric or intestinal disorder. Apakah padanan sesuai bagi intestinal disorder? Sakit perut? Perut memulas? Sekian , terima kasih.Wasalam,

Dalam data kami terdapat istilah "gastrik" dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan09.06.2017
Salam Mohon pengesahan penggunaan terma Autism Spectrum Disorder dalam bahasa melayu adalah Kecelaruan Spektrum Autisme. Adakah ia boleh digunakan? Terima kasihSelamat ptg. Kecelaruan Spektrum Autisme boleh digunakan. Sekian, terima kasih.Istilah22.08.2016
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense"Salam sejahtera,

Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Lain-lain04.07.2020
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris "paraphilic"?

"Paraphilic" ialah kata sifat dalam bahasa Inggeris yang merupakan turunan daripada kata nama "paraphilia".

  • Contoh:   "Paraphilic disorder" (BI) → "kecelaruan parafilia" (BM).

Pola terjemahan bahasa Melayu bagi bentuk kata turunan (-ic/-lic) dalam bahasa Inggeris yang disyorkan:

  1. Kata dasar (paraphilia/parafilia) kekal sama bentuknya dalam terjemahan kata paraphilic;

  2. Kata sifat (-ic/-licdigugurkan, diganti dengan susunan [Kata Teras + Kata Nama untuk BM].

  • Contoh lain:     "Emotional disorder" (BI)    → "  Kecelaruan emosi" [(BM) bukan "emosional"]

Dengan petunjuk di atas, padanan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris "paraphilic" ialah parafilia.
Tatabahasa16.05.2025

Kembali ke atas