Salam pihak DBP, apakah istilah BM untuk water dispenser atau drink dispenser? (bekas yang mempunyai alat seperti kepala paip kecil untuk buka dan tutup saluran air) Adakah BM boleh guna istilah bekas pembahagi air? Saya berharap pihak DBP ada cadangan istilah yang sangat sesuai dengan water/drink dispenser ini, sekian terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "water dispenser" ialah pembahagi air. | Istilah | 07.02.2020 |
Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi water dispenser ? terima kasih | Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat istilah "chilled water dispenser" yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "water dispenser" ialah pembahagi air. | Istilah | 10.05.2016 |
Mohon untuk dapatkan penjelasan istilah Standing Water Dispenser dalam Bahasa Malaysia. | Dalam data kami, terdapat istilah chilled water dispenser yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi standing water dispenser ialah pembahagi air kekal. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah berdasarkan konsep atau fungsi sesebuah alat tersebut. Jika fungsinya lebih kepada fungsi menapis, alat tersebut boleh dinamakan sebagai penapis air kekal. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2014 |
Selamat pagi tuan, saya ingin bertanya tentang water dispenser dalam bahasa Melayu. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah water dispenser ialah pembahagi air. | Istilah | 09.10.2021 |
Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut | Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan. 1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204 2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.03.2022 |