Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disukat

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JIKA BILANGAN BANYAK DIKATA SEMANGKUK KERANG JIKA SATU DIPANGIL APA

Encik Mohamad Zaki, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sebenarnya tidak semua benda mesti mempunyai penjodoh bilangannya. Kerang umpamanya sering disukat dengan mangkok, kilo, longgok dan sebagainya. Namun untuk satu kerang jarang sekali ada penjidoh bilangannya. Setakat ini hanya inilah jawapan yang boleh kami berikan.

Tatabahasa08.07.2009
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih.Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya.Tatabahasa08.06.2012
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa.

Lain-lain15.02.2010
Selamat petang DBP. Saya hendak bertanya sedikit tentang penggunaan kata sendi nama "akan". Contoh ayat:"Saya cinta akan ibubapa saya". Ayat ini adalah betul, kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan mengatakan bahawa kata sendi nama "akan" hadir sebelum frasa nama dan merujuk manusia (subjek) sedangkan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Maksudnya, dalam contoh ayat ini, kata sendi nama "akan" hadir sebelum frasa nama iaitu "ibu bapa", yang merujuk manusia(subjek ayat) yakni "saya", sedangkan didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif yakni "sayang" dalam ayat tersebut. Betulkah macam ini? Maksudnya kata sendi nama "kepada" tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat inilah?Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

 Kata sendi  nama kepada kurang sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Contoh penggunaan kata sendi nama kepada ialah seperti berikut:
1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat.

2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya.
Tatabahasa13.05.2014
soalan ini merujuk kepada kepada kata sendi ke dan kepada. saya ingin bertanya penggunaan penyataan berikut adalah benar atau salah, berserta alasannya. i. hingga ke masa kini ii. hingga kepada masa kini iii. hingga kiniUngkapan yang betul ialah hingga kini.  Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain dan  tidak boleh hadir secara berturutan. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. Penggunaan kata sendi nama kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.Tatabahasa08.08.2010
Saya masih lagi keliru tentang penggunaan yang betul kata sendi 'pada' dan 'kepada'. Walaupun banyak sudah penjelasan dan penerangan dalam buku-buku panduan dan internet, namun saya masih keliru contohnya: bergantung pada hujahan, atau bergantung kepada hujahan? Begitu juga dengan memberikan focus pada isu, atau focus kepada? Adakah saya betul jika saya katakan- bergantung kepada hujahan tetapi bergantung pada papan yang disandarkan? Begtu juga, focus kepada isu, dan focus pada benda optik yang diperhujahkan? Terima kasih Abdul Karim

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan  letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepadajuga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepadainstitusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Lain-lain26.12.2017
Manakah penggunaan yang lebih tepat di dalam ayat berikut? "Ahmad seorang yang berpegang PADA/KEPADA janjinya" Tatabahasa Dewan Edisi Keempat tiada jawapan yang jelas. Menurutnya, PADA boleh digunakan bersama kata nama yang menunjukkan tempat. Manakala KEPADA digunakan apabila menyatakan satu-satu sasaran samada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Justeru adakah objek 'janji' boleh dianggap secara abstrak sebagai tempat untuk penggunaan PADA? Adakah wajar objek 'janji' dianggap sebagai sasaran untuk penggunaan KEPADA? Harap pihak tuan sudi untuk memberi penjelasan.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepadadigunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepadadirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah padabulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Jawapan yang betul untu pertanyaan tuan tersebut ialah: Ahmad seorang yang berpegang PADA janjinya.

Lain-lain24.11.2017

Kembali ke atas