| slm. 1. apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "disumbangkan" di dalam ayat " apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan" 2. apakah pula maksud "wang sumbangan"? 3. adakah maksud perkara 1 dan 2 di atas sama atau berbeza? | Salam, 1) Maksud perkataan disumbangkan dalam ayat tersebut ialah sesuatu telah diberikan sebagai sumbangan 2) Maksud wang sumbangan ialah wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan) 3) Kedua-dua membawa maksud pemberian. | Makna | 25.06.2015 |
| Assalamualaikum, Saya melihat dalam laman ekamus DBP terdapat banyak kata - kata baharu dalam bahagian saran kata yang disumbangkan orang awam. Ada kata yang disumbangkan itu meruapakan dialek negeri, ciptaan sendiri untuk mengganti istilah sedia ada, terjemahan untuk istilah Inggeris dan juga bahasa slanga/ pasar yang tidak terakam dalam kamus. Persoalan saya, adakah kata - kata tersebut boleh digunakan? | Kamus Dewan mencatat sebarang bentuk kata yang digunakan dalam masyarakat termasuk dialek dan slanga. Kamus Dewan membantu kita untuk memahami makna kata. Walau bagaimanapun untuk penggunaan rasmi, sila rujuk entri Kamus Pelajar. | Lain-lain | 10.04.2017 |
| Beribu kotak biskut disumbangkan kepada mangsa banjir kawasan itu. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat itu?? | Frasa yang betul ialah Beribu-ribu. | Tatabahasa | 23.07.2013 |