Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Manakah yang lebih betul dan apakah alasannya? Ibu susu atau ibu susuan? Terima kasih. | jawapan yang betul ialah ibu susu kerana ibu susu membawa maksud perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri. Manakala susuan itu membawa maksud yang diberi susu, yang disusui. Oleh itu, ibu susuan membawa maksud yang tidak tepat jika digunakan. | Lain-lain | 06.08.2020 |