Salam tuan/puan, Apakah kata arah yang sesuai untuk ayat ini? Gelas-gelas disusun di dalam dulang. @ Gelas-gelas disusun di atas dulang. Harap tuan/puan boleh nyatakan alasan. Terima kasih. | Gelas-gelas disusun di atas dulang, kerana dulang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti balang atau kotak. | Tokoh | 30.04.2014 |
Apakah perbezaan antara "disusun oleh", "pengarang" dan "penerbit" bagi sesuatu terbitan. | "Disusun oleh" merujuk kepada individu yang terlibat dalam penyusunan bahan penulisan atau makalah dalam penerbitan sesebuah buku. Penyusun ini boleh lebih daripada seorang. Kebiasaannya kertas-kertas kerja seminar yang dibukukan melibatkan penyusun buku. "Pengarang" merujuk kepada penulis sesebuah buku. "Penerbit" merujuk kepada pihak yang menerbitkan buku bermula daripada proses pemilihan manuskrip, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, percetakan dan pemasaran. | Istilah | 19.03.2014 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemas | Ketiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.” | Tatabahasa | 05.07.2023 |
Kata terbitan imbuhan awalan untuk kata kerja ada imbuhan di (membentuk kata pasif untuk org ketiga contoh disusun) Adakah di bawah,di depan,di luar,di tepi golongan tersebut Dan ejaan betul di susun/disusun atau di bawah / dibawah (perbezaan rapat ke tidak) | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di"digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: disusn, dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Apakah kesalahan kata atau leslahan tatabahasa berdasarkan ayat ini? Pelan itu sudah disusun sehingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok dan bersandarkan kepada data serta sains yang diperoleh dari sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara. | Pelan itu sudah disusun hingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok yang bersandarkan data saintifik. | Tatabahasa | 15.08.2021 |
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemas | Ketiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.” | Tatabahasa | 23.06.2023 |
1. Yang manakah betul? ( Saya sekeluarga / Saya dan keluarga berkelah di pantai Morib. 2. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk mangkuk yang disusun bertindih-tindih? | 1. Kedua-duanya betul. 2. Timbun, iaitu sesuatu yang disusun bertindih-tindih. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan. | Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan panggilan hormat sama ada perlu disusun mengikut taraf panggilan hormat atau mengikut taraf jawatan pentadbiran? Sebagai cth: 1. YBhg. Datin/YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan (mengikut taraf panggilan hormat); atau 2. YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./YBhg. Datin/Tuan/Puan (mengikut taraf jawatan pentadbiran). | Biasanya, susunan panggilan hormat disusun mengikut susunan gelaran, contoh: YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan, | Lain-lain | 04.03.2024 |