apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'downline' (ahli yang ditaja di bawah seseorang pengedar) yang biasa digunakan dalam industri MLM? | Cadangan padanan perkataan "Downline" dalam bahasa Melayu ialah Ahli Bawahan atau Rangkaian Bawahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.05.2018 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan yang betul untuk perkataan "ditanggungjamin" atau "ditanggung jamin". Sumber dalam Bahasa Inggeris adalah "Underwritten by". Terima Kasih. | Salam sejahtera, Padanan bahasa melayu bagi "underwritten by" ialah ditaja jamin oleh. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2019 |
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih. | Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.01.2015 |