| Dalam peruntukan di bawah ini, kedua-dua perkataan “pasted” dan “affixed” telah dipadankan dengan perkataan "dilekatkan". Bolehkah perkataan “pasted” dipadankan dengan “ditampalkan” dan “affixed” dipadankan dengan “dilekatkan”? “6. (2) Where a food sample is divided into three parts one of such label as specified in subregulation (1) shall be pasted on each part of the sample while the remaining label is to be affixed to the request for analysis form. (2) Jika sesuatu sampel makanan dibahagikan kepada tiga bahagian satu daripada label yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dilekatkan pada tiap-tiap bahagian sampel itu manakala label yang tinggal hendaklah dilekatkan pada borang permintaan bagi analisis.”. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi "pasted" sebagai ditampalkan dan "affixed" sebagai dilekatkan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
| Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan grafik peak bahasa untuk ditampalkan di dinding kelas. Saya dah Cuba muat turun daripada Facebook tapi gambarnya jadi pecah, mungkin resolusi sudah rendah. Ada tak grafik tersebut diletakkan di pangkalan lain seperti blog atau laman sesawang yang boleh dimuat turun? Atau mohon emel kepada saya ahsfantasy24@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima Kasih | Waalaikumussalam wrt. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami akan membantu puan. Puan bolehlah manfaatkan slide yang disertakan di bawah. Ini sahaja yang dapat kami bantu dan moga ia dapat membantu. Jadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Terima kasih. 1522151_258714190963581_762892731_n.jpg 1526601_259578650877135_428190174_n.jpg 1958382_607010019369970_1637226529_n.jpg Apa dan Siapa.jpg Lengkung dan Lingkung.jpg PEKA BAHASA Golong dan Gulung.jpg PEKA BAHASA TELOR DAN TELUR.jpg Resmi & Rasmi.jpg Slide1 (1).JPG | Lain-lain | 24.02.2014 |
| perbezaan diantara papan tanda dan papan kenyataan. berikan ciri2 dan contoh2nya | Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan); papan kenyataan ialah papan tempat ditulis atau ditampalkan kenyataan (larangan, pengumuman, dll. Untuk malumat tentang ciri dan contoh sila buat rujukan di perpustakaan. | Makna | 20.04.2009 |
| A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
| Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih. | Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 24.10.2018 |