Nasi yang ditanak hangus kerana dia leka menyiang ikan. (munsyi,apakah kesalahanayat ini? TK) | Ayat yang betul ialah "Nasi yang ditanak telah hangit kerana dia leka menyiang ikan." | Tatabahasa | 07.03.2013 |
'Lauk daging itu dipanaskan oleh kakak supaya tidak basi'. Saya hendak bertanya, perkataan 'basi' dalam ayat di atas tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Ayat kedua, "Nasi yang ditanak oleh ayah hangit kerana dia terlupa hendak menutup api dapur." Adakah perkataan 'hangit' tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Sekian, terima kasih. | Kedua-duanya kata adjektif. | Tatabahasa | 27.11.2012 |