Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul strukturnya: 1. Pokok yang telah berbuah ditanam oleh nenek Mei Li. Apakah penjelasannya sekiranya betul atau salah?Ayat yang lebih gramatis ialah "Pokok yang telah berbuah itu ditanam oleh nenek Mei Li".

Ini dan itu ialah kata ganti nama tunjuk, iaitu perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
Tatabahasa11.03.2014
Maksud istilah ley lineDalam rujukan kami, istilah bagi 'ley line' ialah tanah yang ditanam dengan rumput bagi tempoh beberapa tahun (bidang Tani,GEOG), manakala 'line' bermaksud barisan. Padanan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan ialah barisan lei, iaitu barisan rumput yang ditanam. Penggunaan maksud ini dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Istilah11.03.2010
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain.Ayat yang betul ialah:
1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya.
2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
Tatabahasa28.08.2015
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihPembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau.Tatabahasa26.09.2007
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan.1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 
2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat.
3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul
4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan.
5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul
Tatabahasa08.08.2012
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif ialah 1) Pokok bunga itu ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. Atau 2) Poko bunga itu dia tanam untuk menceriakan kawasan rumahnya. Terima kasih.

Ayat aktif:  Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya.

Ayat pasif: Pokok bunga itu ditanamnya untuk menceriakan kawasan rumahnya.
Tatabahasa26.11.2014
Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my

Salam sejahtera,

Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus.

Penyemakan dan penterjemahan01.06.2017
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkinAlamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet.Makna17.03.2008
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perluTerjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017
123

Kembali ke atas