Salam sejahtera, "karangan itu ditandakan oleh Cikgu Burhan" atau "karangan itu ditanda oleh Cikgu Burhan"? Apakah perbezaannya? | Penggunaan yang betul ialah ditandakan oleh Cikgu Burhan.Kata aktif bagi ditandakan ialah menandakan. | Tatabahasa | 24.03.2020 |
Salam sejahtera, kata "gawai" ditandakan sebagai "Jw" (Jawa) yang bermaksud kerja atau tugas. Kamus Besar Bahasa Indonesia juga menerima kata "gawai" sebagai padanan kata bagi "gadget". Namun, bahasa Melayu hanya menggunakan kata "alat" sebagai padanan "gadget". Peminjaman bahasa serumpun merupakan antara proses yang diambil kira untuk menghasilkan sebuah istilah. Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan membuat pertimbangan untuk menerima kata "gawai" sebagai padanan kata "gadget"? Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. Hal peristilahan ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Oleh itu, pembinaan sesuatu istilah diuruskan oleh bahagian berkenaan. Kami panjangkan maklumat ini kepada bahagian berkenaan untuk tindakan sewajarnya. | Istilah | 05.06.2020 |
Salam tuan... Adakah jawapan yang ditandakan itu betul berdasarkan soalan tersebut? Berlaku beberapa kekeliruan di situ Terima kasih tuan. | Salam. Jawapan I, II dan III adalah betul berdasarkan ayat yang diberi. Manakakala jawapan IV salah kerana jawapan yang betul ialah "masakan" (dan bukannya "masakkan" seperti yang ditulis dengan dakwat merah). | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Apakah perkataan komersil ataupun komersial yang sesuai digunakan dalam ayat seperti ditandakan merah pada lampiran fail? | Ejaan yang betul ialah komersial. Oleh itu, dalam konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah pengkomersialan. | Ejaan | 20.11.2012 |
apakah lagi perkataan yang jarang digunakan tetapi terdapat dalam kamus dewan? | Saudara boleh merujuk Kamus Dewan dan mengenal pasti perkataan-perkataan yang ditandakan sebagai arkaik atau sastera lama. | Lain-lain | 30.01.2009 |
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'telah' dalam penterjemahan sumber yang bercakap tentang peristiwa yang telah lepas. Adakah penggunaan 'telah' itu diperlukan dalam terjemahan? Contohnya: This message will be marked as forwarded many times. Terjemahan: Mesej ini akan ditandakan sebagai (telah) berkali-kali dimajukan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "telah" boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2019 |
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
Dalam KD4, salah satu maksud sajak ialah persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll). Dalam "persamaan bunyi" yg dimaksudkan itu, adakah semua barisan sajak itu sama bunyinya atau mempunyai pelbagai rima yg sama dalam satu sajak. | Persamaan bunyi, disebut juga sebagai rima, iaitu skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan panduan menulis sajak yang terdapat di pasaran. | Sastera | 17.09.2015 |
Salam tuan...saya Cikgu Nasir dari Sekolah Seri Puteri...ada kemusykilan,harap tuan dapat bantu. Tuan,saya dah rujuk perkataan 'mangkir' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(ms 993)..maknanya tidak hadir(bekerja,bersekolah,dll),tidak datang...cuma persoalan saya ialah mengapa perkataan mangkir ini tidak boleh menerima imbuhan?contoh 'kemangkiran'..adakah perkataan ini memang tidak boleh menerima imbuhan atau sebaliknya...harap tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih tuan. | Kata mangkir dalam Kamus Dewan ditandakan sebagai bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang. simbol bp di sini bermaksud bahasa percakapan yang membawa maksud tidak datang. Oleh itu, bahasa percakapan lazimnya tidak diberikan imbuhan kerana tidak digunakan dalam situasi rasmi. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan. | Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan. | Lain-lain | 29.04.2011 |