| Salam....saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan "kan". Contoh 1) Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah 2) Pemuda itu ditangkap kerana mengedarkan dadah Soalan :Yang mana satu betul"mengedar" atau "mengedarkan" T.kasih... En. Mohd Nor | Awalan meN- membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif, iaitu memerlukan objek atau tidak memerlukan objek selepasnya. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Dari aspek makna pula, mengedar bermaksud berpindah-pindah dari tangan ke tangan dan mengedarkan pula bermaksud menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya atau mengelilingkan menyebarkan. Berdasarkan huraian yang tersebut penggunaan perkataan mengedar dalam konteks ayat tersebutlebih tepat berbanding dengan perkataan mengedarkan. Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah. | Tatabahasa | 21.11.2012 |
| Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan tergelincir? TK | Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. Perkataan yang seerti dengan tergelincir ialah tergelongsor, terpeleset dan tersendorong. Saudara boleh layari prpm.dbp.gov.my untuk membantu carian kata dan makna. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
| Ali menangkap ikan di tepi kolam yang cetek itu. Sekiranya ayat aktif di atas ditukar kepada ayat pasif, ayat pasif manakah yang betul? Sila beri penjelasan. Terima kasih A) Ikan ditangkap oleh Ali di kolam yang cetek itu. B) Ikan di kolam yang cetek itu ditangkap oleh Ali. | Saudara, Ayat pasifnya ialah " Ikan ditangkap oleh Ali di tepi kolam yang cetek itu. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
| 1. Dia tangkap saya ke sini. 2. Saya ditangkap ke sini. Adakah penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat ini betul? | Penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 05.11.2017 |
| seekor ular yang menyelak di celah-celah akar telah berjaya ditangkap. adakah "menyelak" betul digunakan dalam ayat ini? kamus dewan tidak ada rujukan. terima kasih. | Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyelak, tuan akan temukan maksud dan contoh penggunaan perkataan menyelak dalam pangkalan data kami termasuklah Kamus Dewan. Untuk makluman tuan perkataan menyelak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
| Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
| Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Segelintir murid-murid yang sedang merokok telah ditangkap oleh guru disiplin yang sedang berada di kawasan tandas. 2 Susu lembu yang dipelihara oleh Sarjit Singh telah dicuri oleh beberapa orang berdekatan dengan kampungnya. 3 Kementerian Pertahanan akan membeli senata yang canggih untuk memperteguhkan pertahanan negara. | Dalam setiap ayat yang dikemukakan terdapat lebih dari satu kesalahan bahasa. Untuk rujukan berkaitan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merangkumi pelbagai pedoman berkaitan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang betul. | Tatabahasa | 16.10.2017 |
| Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina? | Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera. | Sastera | 07.12.2014 |
| Apakah padanan yang tepat bagi "elusive predator"? Pemangsa yang sukar dijumpai? Pemangsa yang sukar ditemui? Terima kasih | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi elusive predator dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah Pemangsa yang sukar ditangkap atau Pemangsa yang sukar ditemui. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2017 |
| Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. | Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut: 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara. | Tatabahasa | 06.10.2014 |