Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditapis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung.i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri.
ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu.  
iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa?  
iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati.
v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung.
Tatabahasa18.05.2016
نورالفطين بورهان Jul 9th, 12:14am Cadangan saya supaya semua papan iklan atau sebarang bentuk media yang akan disalurkan kepada awam haruslah ejaannya ditapis oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia agar mengelakkan kekeliruan ejaan sama ada kepada bangsa Melayu sendiri, lebih-lebih lagi kepada bangsa Cina, India dan lain-lain. Harap pertimbangkan cadangan ini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Warga prihatin.Untuk makluman tuan, permohonan iklan di pihak berkuasa tempatan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBP. Kita mengharapkan syarat baru ini dapat memberi makna kepada perubahan imej paparan awam di negara kita.Lain-lain09.07.2015
Assalamualikum tuan. Saya ingin bertanya dua soalan; 1. Apakah beza antara data korpus DBP dengan PRPM? Yang manakah sumber yang lebih tepat untuk melihat rekod penggunaan sesuatu kata atau istilah antara korpus DBP dan PRPM? 2. Terdapat banyak kata nama yang mempunyai lebih satu versi ejaan. Untuk kata nama tempat seperti Mekah atau Makkah, Halab atau Aleppo bagaimana untuk melihat penggunaan yang lebih tepat untuk bahasa Melayu?Tuan, untuk menyemak ejaan yang tepat, boleh rujuk PRPM kerana PRPM merupakan data yang lebih berstruktur dan ditapis. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip mekah, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan  Mekah atau Makkah, kedua-dua bentuk ejaan tersebut diterima dalam bahasa Melayu.Lain-lain26.08.2014
penggunaan dua kali k pada perkataan yg bagaimana dan bagaimana hendak mengetahui kedudukan 'di' samada di rapatkan atau di jarakkan

1. Dalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya pembalakan,kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasukkan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

2. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, di atas almari, di dalam kolam, di Malaysia, dll. Manakala awalan di yang ditulis serangkai apabila membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya, ditapis, diperluas, dirakam, dll.

Tatabahasa04.05.2010

Kembali ke atas