Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditarik

Puisi
 

Bagaimana mengail udang,
     Lepas ditarik dienjut pula;
Bagaimana bermain bujang,
     Lepas senyum ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai jawi ditarik keluan.

Bermaksud :

Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Majid ditarik gerainya oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini dan bagaimana membetulkannya? TQ)Ayat yang diberikan kurang tepat maknanya kerana lazimnya dalam operasi pemeriksaan lesen, pegawai memeriksa sama ada peniaga mempunyai lesen atau sebaliknya. Ayat ini sepatutnya berbunyi "Pak Majid tidak dibenarkan berniaga kerana tidak mempunyai lesen oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu". Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.Tatabahasa15.08.2011
Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas.1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan.
2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul.
Tatabahasa14.04.2015
apakah maksud 'seperti enau ditarik songsang','seperti anjing menyalak bukit','seperti semut di tepi perigi','menangguk di air keruh'yang terakhir sekali'berpatah arang berkerat rotan'Maksud peribahasa berpatah arang berkerat rotan ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan). Untuk mengetahui makan peribahasa yang lain sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan Kamus Peribahasa Kontemporari yang di susun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Harap maklum.Lain-lain19.06.2008
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang?

Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang yang  menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

Makna28.04.2011
Mohon semakan ayat di bawah: Perhatian pihak tuan juga ditarik kepada hasil perbincangan di antara wakil pihak tuan dengan Pegawai Kanan Bahagian ini pada _____ di mana pihak tuan bersetuju untuk mengemukakan permohonan yang lebih spesifik pada masa hadapan.Kami menarik perhatian tuan kepada hasil perbincangan antara wakil pihak tuan dengan Pegawai Kanan Bahagian ini pada _____ . Dalam perbincangan tersebut pihak tuan bersetuju untuk mengemukakan permohonan yang lebih spesifik pada masa hadapan.Tatabahasa18.07.2012
Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu baku kini? Adakah diteruskan penggunaannya atau ditarik balik?Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan laras bahasa. Dan Bahasa Melayu baku telah lama digunakan dan kekal sehingga kini.Tatabahasa10.07.2012
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik

Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik.

Ejaan03.04.2019
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019
Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDATrak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak  atau ditarik.Makna05.02.2020
12

Kembali ke atas