| Yang mana satu ayat yang betul (i) Kumpulan saiz output @ (ii) Saiz kumpulan output | Kedua-dua frasa tersebut adalah betul, penentuan berdasarkan yang manakah hendak ditekankan sama ada kumpulan atau saiz. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
| 1. Jeruk mempelam atau mempelam jeruk. 2. Pendingin hawa atau penghawa dingin | Saudara, Mengikut Hukum D-M, kedua-dua bentuk boleh digunakan bergantung pada perkara yang hendak ditekankan. Contohnya: jeruk mempelam; jeruk jambu; jeruk limau. Dalam bentuk yang lain pula kita boleh membentuk frasa mempelam jeruk, mempelam salai, mempelam kering. | Tatabahasa | 08.11.2010 |
| 12. Pengerusi juga turut menekankan keperluan Leading by Example, ahli perlu menunjukkan contoh yang terbaik di samping mempunyai sikap yang dedikasi dan juga preservation strategi. Selain itu, sikap adil dan saksama juga ditekankan agar sesuatu keputusan yang dibuat adalah tegas dan tidak mempunyai sikap terlalu banyak bersimpati kepada anggota bawahan terutamanya kepada 6 kesalahan besar yang telah digariskan di dalam TLDM. Pengerusi juga mahukan kesemua ahli memastikan kepada 2 sistem berjalan lancar iaitu divisional system yang melibatkan anggota bawahan dan mentoring system yang melibatkan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi. Penekanan perlu diberikan kepada kedua-dua sistem tersebut dan ianya akan memberikan kebaikan kepada TLDM. Pengerusi menghendaki satu mesyuarat diadakan di peringkat Markas Panglima masing-masing bagi memastikan kedua-kedua sistem tersebut dilaksanakan serta setiap Panglima memastikan pelaksanaan perkara tersebut. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
| Tuan, Frasa yang manakah tepat mengikut hukum DM pertama kali atau kali pertama? | Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
| Tuan,mana satukah yang betul Pertanian adalah peniagaan atau Pertanian ialah peniagaan Pertanian ialah suatu ibadah atau pertanian adalah suatu ibadah | Ungkapan pertanian ialah perniagaan dan pertanian ialah suatu ibadah, kedua-duanya betul bergantung pada perkara mana yang hendak ditekankan sama ada perniagaan atau ibadah. | Tatabahasa | 31.12.2012 |
| Ali "pertama kali" melakukan urusan. Ali "kali pertama" melakukan urusan. Mana satukah yang betul? | Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. Ali pertama kali melakukan urusan. | Tatabahasa | 17.06.2015 |
| Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | 1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan. 2. Gas masak sama seperti minyak masak. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
| Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya? | 1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand. 2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 25.10.2013 |
| Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. 2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul. | Tatabahasa | 14.08.2021 |
| Soalan saya- bagaimana penggunaan perkataan 'pasca' apabila digabungkan dengan perbuatan, contohnya pasca dan pemprosesan, perlu letak '-' atau rapatkan atau jauhkan? Untuk pertama kali atau untuk kali pertama | Selamat petang: 1. Yang betul cara penulisan pasca ialah pascapemprosesan 2. Frasa untuk pertama kali atau untuk kali pertama boleh digunakan bergantung pada aspek yang ditekankan atau didahulukan. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 03.10.2016 |