Adakah ayat di bawah gramatis? Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. | Ayat yang betul ialah Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja pada hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka, bak kata pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak.”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 337 – 357 dan laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 21.01.2024 |
Apakah maskud 1 seperti tidak dapat ditanduk, telinga dipulas 2 mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi 3 diluah mati emak, ditelan mati anak Terima kasih | Untuk mendapatkan maksud berkaitan peribahasa tersebut, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain dan buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih. | Saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakitĀ begitu juga denganĀ ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang. Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Apakah peribahasa yang menyatakan bahawa sesuatu perkara yang membawa kedua-dua kebaikan dan keburukan? | Ditelan mati emak, diluah mati bapa. | Makna | 18.06.2019 |
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih. | Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah. Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan. Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. (Maksud lapis pertama jelas. Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan. Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat. Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Sastera | 16.02.2011 |