Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman. | Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat. | Makna | 24.05.2010 |
Simpulan Bahasa "Tekak Biawak" kerap digunakan oleh generasi terdahulu. Rujukan secara rambang mendapati ia digunakan secara meluas malangnya ramai yang tidak memahaminya kerana kurang pendedahan. Adakah DBP berhasrat untuk mendaftarkan Simpulan Bahasa ini agar ia tidak hilang ditelan zaman? | Tidak ada maklumat tentang frasa "tekak biawak" dalam sumber rujukan kami. Melalui carian di internet juga tidak menemukan bukti yang jelas tentang penggunaan frasa berkenaan, kecuali dalam komunikasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. | Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan. | Lain-lain | 20.01.2014 |
"saudara anjing = adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa" DBP tidak terfikirkah untuk memansuhkan peribahasa ini dan digantikan dengan peribahasa yang lebih elok bunyinya? Ini kerana peribahasa ini memberikan implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang digelar sedemikian rupa. Walaupun ia dicipta oleh orang dulu-dulu namun tidak semestinya ia elok digunakan untuk zaman ini dan tidak salah untuk ia dimansuhkan. | Untuk makluman, peribahasa merupakan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya direka pada masa kini. Pihak DBP hanya merakamkan warisan tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman dan kami tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan atau menggantikan peribahasa tersebut dengan perkataan lain walaupun bagi sesetengah pihak, peribahasa tersebut kurang sesuai digunakan. | Sastera | 17.08.2017 |