apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini? | Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar mereka juga dianggap gemilang. | Makna | 03.03.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang di salam slogan 'bahasa cemerlang, bangsa gemilang, negara terbilang'? | Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang hasil daripada kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang kehidupan. | Makna | 03.03.2008 |
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Tatabahasa | 15.09.2014 |
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA. | Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. | Lain-lain | 27.02.2008 |