| Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
| bagaimanakah format sebenar minit mesyuarat dan minit tercerai | Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Minit curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Lain-lain | 27.11.2010 |
| apa maksud BILANGAN TERTENTU | Maksud bilangan merujuk Kamus Dewan ialah jumlah (banyak) barang dan lain-lain. Tertentu pula ialah sudah ditentukan, dengan kata lain ialah jumlah yang telah ditentukan. | Makna | 05.12.2009 |
| Saudara, Bagaimana saya boleh dapatkan contoh cara menaip surat dan memo rasmi yang betul. | Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Untuk rujukan umum, saudara boleh rujuk buku Kesantunan Berbahasa dan Tertib Mengarang, Awang Sariyan, DBP. | Lain-lain | 13.02.2012 |
| 1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH) | Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja. 2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan. 3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan. | Tatabahasa | 14.09.2012 |
| apakah syarat2 pertandingan menulis cerpen sekolah menengah? | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Syarat-syarat pertandingan menulis cerpen sekolah menengah pada kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor antaranya: tujuan pihak penganjur yang mengadakan pertandingan, tema yang ditentukan, skop pertandingan (tidak terbuka kepada umum), jumlah perkataan yang ditentukan dan lain-lain. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memenuhi kepada pertanyaan sdr. Sekian dan salam. | Lain-lain | 07.12.2008 |
| apakah maksud spesifikasi? | Spesifikasi ialah butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu; perincian (tentang sesuatu) | Makna | 06.05.2008 |
| salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan? | Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama. | Lain-lain | 21.11.2017 |
| Apakah perbezaan untuk,agar dan supaya? Bilakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut? | “Untuk” merupakan kata sendi nama yang bermaksud ditentukan atau disediakan bagi sesuatu. Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “untuk”, apabila kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. “Agar” dan “supaya” merupakan kata hubung pancangan keterangan yang bermaksud supaya dan semoga. Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “agar” dan “supaya” apabila berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 253 dan 276. | Tatabahasa | 21.08.2025 |
| Apakah maksud kerja secara bebas? | Kerja bermaksud segala tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab) dan bebas bermaksud tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kerja secara bebas bermaksud melakukan tugasan atau urusan yang tidak dihalang atau tidak disekat oleh seseorang/sesuatu. | Makna | 22.02.2019 |