"yang diterima oleh kita", "yang diterima kita", "yang kita terima" yang manakah betul? | Jawapan ‘yang kita terima’ betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 493-494. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagal | Kedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; | Tatabahasa | 13.10.2017 |
Adakah ayat-ayat ini betul? Buku teks yang diterima oleh Ali belum berbalut. Buku teks yang diterima oleh Ali belum bersarung. | Ayat yang betul ialah - Buku teks yang diterima oleh Ali belum berbalut. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
1 Farhana mencampakkan gundu ke tanah. 2 Farhana mencampak gundu ke tanah. Adakah jawapan no 2 diterima? Atau kedua-dua diterima? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2014 |
Adakah penggunaan perkataan "kapasiti" dan "kapabiliti" diterima dalam Bahasa Melayu. | Istilah kapasiti telah diterima dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "capabiliity" ialah kemampuan, keupayaan atau kebolehan. "Kapabiliti" tidak diterima dalamm bahasa Melayu. | Istilah | 20.02.2017 |
Jika perkataan ucaptama dan ucap utama diterima dalam bahasa Melayu, mengapa perkataan tengah hari ( tengahari ), pasar raya ( pasaraya ), kereta api ( keretapi ), alat tulis ( alatulis ), dan lain-lain tidak diterima, sedangkan berlaku proses akronim yang mantap dan diterima umum ? | Perkataan tengah hari, pasar raya, kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
A)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. A)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. B)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. | Semua ayat yang berikut A) Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. C)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. D)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel betul kerana kedua-dua kata sendi nama "di" dan "ke" dalam ayat ini di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 29.09.2018 |
Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai. | Tatabahasa | 30.08.2015 |
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih. | 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Mengapakah frasa sukan lasak diterima pakai, manakala kerja lasak penggunaannya tidak tepat? | Frasa sukan lasak telah diterima sebagai satu istilah seperti lumba motor lasak. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan frasa 'kerja lasak' dalam sumber rujukan kami. Jika 'kerja lasak' yang dimaksudkan sesuai dengan konsep/makna lasak maka frasa tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 30.09.2011 |