Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diternak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
______daripada kambing itu diternak oleh Pak Ali. A. Sesetengah B. Sebahagian C. Separuh Sila berikan penjelasan. Sama ada ketiga-tiga jawapan di atas diterima sebagai jawapan? Terima kasihAyat yang betul ialah Sebahagian daripada kambing itu diternak oleh Pak Ali, iaitu menyatakan bilangan (separuh)  daripada jumlah kambing yang ditunjukkan merupakan kambing yang diternak oleh Pak Ali.Tatabahasa07.09.2014
Ratna suka makan _________ yang digoreng oleh ibunya. Adakah betul jika murid tulis ayam telur?
Tidak sesuai. Merujuk Kamus Dewan, ayam telur  bermaksud ayam yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya)
Makna15.10.2018
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Ayat yang betul ialah:
1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai.
2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan.
Tatabahasa01.08.2018
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
Penggunaan perkataan 'Ternakan', 'Penternakan', 'Asuhan' dan 'Pengasuhan'. 1. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Ternakan' atau 'Penternakan'? Udang galah merupakan komoditi akuakultur yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Namun, industri ternakan/penternakan udang galah menghadapi masalah bekalan benih yang berkualiti yang sesuai untuk diternak. 2. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Asuhan' atau 'Pengasuhan'? Terdapat juga pengusaha yang menjalankan aktiviti asuhan/pengasuhan benih di dalam tangki simen, tangki plastik, tangki polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.Perkataan yang betul untuk contoh ayat yang diberikan ialah “penternakan” dan “pengasuhan”.

Tatabahasa21.04.2022
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQSdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~.Tatabahasa05.12.2007
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009

Kembali ke atas