Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima? | 1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik. 2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 18.06.2015 |
Kata 'parut" boleh tak digunakan merujuk kepada pokok. Contoh ayat: Parut pada batang pokok durian di belakang rumah itu masih baru. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, parut ialah 1. pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa; 2. bekas luka (bisul) pada kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yang telah tua; 3. bekas ditetak pada pokok (kayu): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;. Berdasarkan takrifan itu, perkataan "parut" dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'di' yang betul dan sama ada perlu dijarak atau dirapatkan : 1. 'didalam kuadran' atau 'dalam kuadran' 2. 'didalam syarikat' atau 'di dalam syarikat' atau 'dalam syarikat' Diharap pihak DPB dapat menjawab soalan ini. Terima kasih | 1. Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut: Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Kata di sebagai kata sendi ditulis jarak manakala di sebagai imbuhan kata kerja seperti ditetak, dibeli ditulis dengan rapat. | Tatabahasa | 15.09.2017 |