Mengapa tab Khidmat Nasihat ditiadakan dalam PRPM? Saya sentiasa merujuk kepada Khidmat Nasihat untuk mendapatkan kepastian ejaan. Saya ada mencadangkan supaya ejaan yang dibalas oleh DBP hendaklah ejaan yang betul apabila menjawab sebarang pertanyaan pelanggan semasa DBP membuka galeri di Terengganu Trade Centre pada tahun 2014. Kini Khidmat Nasihat sudah ditiadakan dalam PRPM. Mohon jasa baik tuan supaya ianya diwujudkan semula demi kepentingan umum. Terima kasih. | Domain "Khidmat Nasihat" ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian. Domain ini akan dipaparkan semula tidak lama lagi. | Lain-lain | 02.01.2015 |
Penggunaan kata "yang" ditiadakan dalam penulisan berita. | Perlu ada penggunaan "yang" dalam penulisan yang berfungsi sebagai "kata hubung". | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Tuan, saya ingin bertanya, mengapa laman entri khidmat nasihat sebagai rujukan sudah ditiadakan? terima kasih | Untuk makluman tuan, entri Khidmat Nasihat dalam prpm.dbp.gov.my sedang dalam proses penyelenggaraan untuk sementara waktu. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. | Lain-lain | 27.11.2014 |
Kenapa masih ada buku terbitan DBP yang masih menggunakan tanda hamzah dan ayn? Dalam panduan ejaan rumi DBP kedua-dua tanda itu dikatakan ditiadakan. | Kenyataan tuan betul, simbol hamzah dan ain tidak ada lagi dalam Sistem Ejaan Rumi. Walau bagaimanapun dalam penulisan buku agama, simbol berkenaan digunakan bagi menulis dengan tepat perkataan tersebut khususnya perkataan/istilah yang diambil secara langsung daripada bahasa Arab dan belum lazim digunakan dalam bahasa Melayu. Kami mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan tuan kerana terdapat masalah teknikal dalam hal ini. Kami akan berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 06.11.2012 |
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini." | Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih | 1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak. 2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
Apabila menggunakan frasa 'bunting padi', perlukah disertakan dengan kata betis? Contohnya dua ayat ini: 1) Gadis itu berbunting padi. 2) Gadis itu berbetis bunting padi. Bolehkah kata betis itu ditiadakan? | Untuk makluman perkataan betis tidak boleh digugurkan bagi merujuk ayat yang diberikan. Ayat yang tepat ialah Gadis itu berbetis bunting padi. | Lain-lain | 22.06.2018 |
Saya dapati singkatan bagi kampung dan kilogram ditulis dengan huruf kecil, iaitu kampung (kg.) dan kilogram (kg). Adakah yang membezakan kedua-duanya ialah tanda titik? Adakah tanda baca "titik" itu yang menjadi pembeza antara kedua-duanya atau tanda titik itu boleh ditiadakan dan pengguna bahasa dapat memahami kedua-duanya melalui peranan konteks. | Kg. merupakan singkatan bagi perkataan “Kampung” untuk nama khas sahaja, manakala kg merupakan kependekan untuk “kilogram” berdasarkan unit SI. | Tatabahasa | 10.03.2023 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. 1) Mutthu mulai berubah sikap sejak menjalani sesi kaunseling pada bulan yang lepas. Saya ingin bertanya perlu atau tidak ayat tersebut diletakkan perkataan yang. terima kasih. | Perkataan yang dalam ayat tersebut boleh ditiadakan. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya. | Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. | Tatabahasa | 29.05.2014 |