Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditingkatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah makna perkataan "ditingkatkan"?Ditingkatkan ialah bentuk pasif bagi kata kerja meningkatkan yang bermaksud meninggikan taraf, kedudukan dan sebagainya.Makna17.05.2013
apakah kaedah menulis perkataan berikut: (a) "mengenal pasti" atau "mengenalpasti" (b) "dikenal pasti" atau "dikenalpasti" (c) "prefix" sama ada perlu italic atau tidak. (d) "... kategori pekerjaan yang perlu dipertingkatkan (atau ditingkatkan) tahap kemahirannya." Soalannya: mana satu perkataan yang betul, sama ada "ditingkatkan" atau "dipertingkatkan".Kaedah menulis yang betul:

a) mengenal pasti
b) dikenal pasti
c) prefix perlu diitalikkan
d) Jika dirujuk ayat tersebut, ditingkatkan dan dipertingkatkan, kedua-duanya bolah digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Lain-lain08.09.2015
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan.

Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi.

Lain-lain09.04.2010
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.
Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.
Lain-lain01.12.2020
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah.1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan)

3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah.
Tatabahasa25.06.2013
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih TerjaminUntuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
Tatabahasa26.02.2013
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”)Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024.

Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Makna10.07.2024
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih.

1 dan 2.  Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama.

3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 

Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.

 
4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu?
Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini  Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi.

5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'?

Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri

Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa19.07.2013

Kembali ke atas