Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditipu

Peribahasa

Sudah dikecek,
     dikecong pula.

Bermaksud :

Dua kali kena tipu. dikecek = diperdayakan oleh cakap; dikecong = ditipu.

 

Lihat selanjutnya...(2)

67

Don't buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara imbuhan "di-" dan "ter-" untuk membentuk ayat pasif? Contohnya, "Pernahkah anda tertipu/ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial?" [Sumber: Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu MPSM Kelantan 2023] Mengapakah ditipu salah?Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan serta mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. 

Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh digugurkan. Maka, perkataan “ditipu” salah dalam contoh ayat tersebut. 

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 489 – 493.

Tatabahasa23.01.2024
MAKNA MARAHMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka.Makna19.10.2007
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANGMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murkaMakna19.10.2007
Saya ingin mengetahui apakah peribahasa yang memberi maksud berkaitan batu sempadan ukuran tanah itu tidak dapat ditipu dan dipindah kedudukannya walau apa carapun?Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, tuan perlu menyemak dari satu peribahasa kepada peribahasa yang lain. Tuan boleh menyemak melalui PRPM, tuliskan kata kunci (boleh diuji dengan beberapa perkataan - satu, dua atau tiga perkataan) dan lihat maklumat dalam Peribahasa (di bahagian hujung, sebelah kanan). Contohnya, kami menguji dengan kata kunci "batu sempadan" - hasilnya tiada maklumat dalam domain Peribahasa, kami menukar kepada kata kunci "batu" dan menemukan 70 maklumat berkaitan. Tuan perlu menyemak maklumat ini satu demi satu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain15.11.2021
Adakah frasa "menipu wang" frasa yang betul? Kerana adalah tidak lojik wang sebagai benda tak hidup boleh ditipu. Ataupun wang dalam frasa ini tidak berfungsi sebagai objek?Frasa "menipu wang" tidak tepat dari segi semantik kerana kata kerja "menipu" lazimnya diikuti objek yang bernyawa seperti menipu orang dan menipu ibu bapa.Tatabahasa19.09.2012
Salam sejahtera, Kata ganti nama "Kita" adalah dalam bentuk jamak. Jadi adakah penggunaan "kita semua" betul? Contohnya, Kita semua ditipu oleh Ali. Bolehkan perkataan kita diikuti dengan bilangan "semua" atau perkataan "semua" perlu digugurkan? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua.  Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua.Tatabahasa11.01.2011
saya telah menyiapkan sebuah buku berkaitan sejarah politik sebuah negara.bagaimanakah saya mahu menjual karya tersebut kepada syarikat penerbitan swasta kerana saya tidak tahu selok belok urusannya dan dikhuatiri akan ditipu.Terima kasih kerana menolong saya...zaidee

Apabila saudara menjual karya kepada sesebuah syarikat swasta bermakna saudara menjual hak cipta saudara. Hal ini bermaksud bahawa karya yang telah dijual itu bukannya milik saudara lagi, tetapi milik syarikat tersebut. Sekiranya saudara berhasrat untuk menjual karya , saudara  boleh pergi  ke mana-mana syarikat dan berbincang tentang harga yang sanggup mereka tawarkan. Akan tetapi, saya mencadangkan agar saudara tidak menjual karya kepada mana-mana syarikat tetapi mengenal pasti syarikat yang berhasrat untuk menerbitkan karya saudara. Apabila karya saudara diterbitkan oleh sesebuah syarikat , saudara perlu dan wajar menandatangani lesen perjanjian penerbitan dengan syarikat tersebut  untuk menjamin hak saudara sebagai penulis dan memperoleh royalti daripada hasil penjualan buku. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Encik Azmi Ibrahim menerusi telefon bimbit yang bernombor 0129338492.  

Lain-lain19.03.2008
Saya sedang menulis novel kreatif, soalan saya bagaimana saya perlu dapatkan hak ke atas penulisan yang telah saya siapkan. Dan bagaimana saya perlu berurusan dengan syarikat penerbitan untuk memastikan yang penjualan buku saya tak ditipu. sekian terima kasih.

Puan Nor Azizah,

Sekiranya puan menghantar karya puan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (penerbit lain mungkin berbeza prosedurnya) untuk tujuan penerbitan, pihak DBP akan membuat penilaian terlebih dahulu. Sekiranya karya itu memenuhi syarat dan spesifikasi penerbitan DBP, sebelum ia diterbitkan, satu perjanjian akan dibuat antara DBP dan penulis. Di dalam borang perjanjian tersebut akan diperincikan hak penerbit dan hak penulis termasuklah persoalan yang puan kemukakan itu.
 

Lain-lain27.11.2014
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkanmerendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;Tatabahasa23.08.2007
Assalamualaikum dan selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin mengajukan soalan kepada pihak DBP berkenaan proses penerbitan buku oleh pihak DBP. Ini adalah kerana, seorang teman saya menyatakan bahawa dirinya dan rakan kongsi telah disaman oleh pihak DBP dengan sejumlah wang yang besar atas kesalahan percetakan. Kenyataan yang diberi bagi saya kurang logik dan saya dapat merasakan yang teman saya telah ditipu oleh rakan kongsinya bagi mendapatkan dana (penipuan). Adalah sangat dihargai jika pihak tuan sudi menyemak nama penulis dan tajuk buku ini untuk melihat jika benar penulis ini telah disaman oleh pihak tuan (sedang dalam proses mahkamah). tajuk buku: panduan rohani Penulis: Khasaf Penerbit: Dewan Bahasa Sekiranya tuan tidak berkeupayaan untuk membantu saya, saya berharap tuan sudi memberi saya nama pihak lain yang mungkin boleh membantu saya. Saya boleh dihubungi melalui talian email liyana1473@yahoo.com atau telefon (013-6769058)Assalamualaikum, Puan Liyana, Kita sudah berbincang tentang hal ini pada 21 April 2014. Seperti yang saya nyatakan, saya memohon maklumat lanjut daripada puan tentang kawan puan dan rakan kongsinya itu sebab setakat ini tiada kes saman oleh DBP terhadap penulis hanya kerana penulis menambah empat halaman manuskripnya yang pada asalnya dikatakan hanya 14 halaman (19 halaman setelah ditambah) itu seperti yang puan nyatakan dalam perbualan kita tempoh hari. Mohon puan hubungi saya semula setelah mendapat maklumat lengkap itu. atas kerjasama puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.Lain-lain11.03.2014
12

Kembali ke atas