Salam sejahtera tuan/puan, 1) Saya ingin bertanyakan ttg kata 'tuan'. Apakah beza 'tuan' & 'encik'? 2) Sekiranya seorang lelaki sudah berumahtangga, maka gelaran 'tuan' lebih sesuai berbanding 'encik' (tidak berumahtangga), betul? Namun adakah kriteria ini dititik-beratkan dlm penggunaan am untuk kata tersebut? 3) Atau wujudnya budaya berkonsepkan lain dlm penggunaan kata 'tuan', iaitu 'tuan' ialah gelaran terhormat & boleh digunakan dlm apa jua situasi asalkan subjek ialah seorang lelaki? Terima kasih. | Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. | | Tatabahasa | 06.08.2013 |