| As salam tuan/puan. Saya hendak bertanya terjemahan istilah, 'rejected product'. Adakah terjemahan yang betul ialah, 'produk yang telah ditolak'? Terima kasih. | Jika bersesuaian dari segi konteksnya, kami mencadangkan rejected produt diterjemahkan kepada produk yang ditolak. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2014 |
| Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak di dalam pesawat. Betulkan penggunaan perkataan "di dalam pesawat" itu? Atau ke dalam pesawat? Yang mana satukah ayat yang lebih tepat? Mohon pencerahan daripada pihak DBP? Terima kasih. | Frasa ke dalam lebih sesuai digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak ke dalam pesawat. | Tatabahasa | 30.10.2020 |
| adakah penggunaan perkataan "ketidakaturan" tidak boleh digunakan memandangkan saya tidak menjumpai maksudnya dalam PRPM? contoh: ketidakaturan dokumen yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN. | Penggunaan perkataan yang betul ialah "tidak teratur". Ayat yang betul ialah Dokumen yang tidak teratur yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN. | Tatabahasa | 17.11.2023 |
| Tumpang tanya, permohonan di dalam lampiran telah ditolak dengan sebab tiada bahasa Melayu untuk disahkan.Sebab tiada Bahasa Melayu adalah kerana ini merupakan iklan dengan slogan kompani sahaja. Adakah cadangan apa untuk menambah baiki iklan ini? | DBP tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, "BAHARU" atau sebarang keterangan lain yang boleh dikaitkan dengan visual tersebut. | Tatabahasa | 27.05.2016 |
| saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah. Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang | Lain-lain | 11.05.2010 |
| kami sudah mencuba berulangkali untuk membuat pengesahan iklan...tetapi ditolak dengan berbagai kaedah...dan sangat rumit...apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak tuan....kami hanya hanya ingin membuat pengesahan iklan untuk memulakan perniagaan sahaja...kenapa begitu rumit dan berbeli belit... | Untuk makluman, kami menyemak penggunaan bahasa dalam iklan. Penggunaan bahasa hendaklah betul dan sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan bahasa yang kurang tepat akan dicadangkan pembetulan bagi menghasilkan bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 19.12.2016 |
| Fail bagi permohonon lesen syarikat saya ke MBSA telah ditolak kerana pada SIJIL PENGESAHAN BAHASA dibahagian ilustrasi/gambar tidak terdapat gambar yang telah saya upload ketika membuat permohonan pada DBP. Diharap pihak DBP dapat membantu saya dalam mencetak gambar pada SIJIL PENGESAH BAHASA ini. terima kasih. | Sila hantar semula permohonan dan lampirkan visual selepas "Teks dalam permohonan". Dalam Butiran Permohonan, terdapat "Teks dalam permohonan" kemudian terdapat perkataan "Lampiran" (Lampirkan visual di sini ) | Lain-lain | 05.10.2015 |
| Saya ingin memohonan permohonan papan tanda iklan dan permohonan saya ditolak disebabkan ayat "Connect Resources Group" . Arahan DBP untuk terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dwibahasa (Melayu dan Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan. Adakah terjemahan "Connect Resources Group" dalam bahasa Melayu adalah "Kumpulan Sumber Daya Sambungan." Mohon pihak tuan berikan bantuan. Terima kasih | Untuk makluman, sekiranya "Connect Resources Group" merupakan nama yang sudah berdaftar dengan SSM, frasa tersebut tidak perlu diterjemahkan. Maklumkan nombor pendaftaran SSM pada ruangan Makluman tentang Iklan dbpsahbahasa.my. Sekiranya frasa ini merupakan kata nama am bahasa Inggeris, masukkan padanan bahasa Melayu yang sesuai, seperti Menghubungkan Sumber Tenaga Kerja. | Lain-lain | 02.09.2024 |
| assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam. | Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut: a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.
| Tatabahasa | 15.07.2013 |
| Status saya sprti gambar masih dalam permohonan belum bayar sedangkan dah ditolak duit dr akaun sy | Mohon kemukakan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan iklan kepada tanya@dbpsahbahasa.my atau bayaran@dbpsahbahasa.my . | Lain-lain | 19.03.2018 |