| Apakah terjemahan bagi frasa berikut: 'Hyper Speed for Hyper Detail'. Bolehkah 'Hiperlaju untuk hiperperinci' digunakan? | Secara umumnya boleh digunakan. Namun, bergantung pada kesesuaian dengan produk yang hendak ditonjolkan, contohnya alat telekomunikasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2018 |
| Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarik | DBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 05.09.2018 |
| Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih. | Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
| LIFESTYLE SIHAT & CANTIK | Tuan/Puan tidak mengemukakan kemusykilan tentang perkataan LIFESTYLE SIHAT & CANTIK”. Sekiranya kemusykilan berkenaan pengesahan bahasa yang sesuai, kami mencadangkan pembetulan kepada “Gaya Hidup Sihat dan Menarik” atau “Gaya Hidup Sihat dan Aktif”. Walau bagaimanapun, frasa tersebut bergantung pada produk yang hendak ditonjolkan. | Tatabahasa | 29.08.2018 |
| Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik diĀ istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 27.06.2012 |
| Bagaimana kami boleh iklan tanda "SKECHERS" boleh disahkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman ini? | Tuan, Untuk makluman , permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk iklan boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.11.2019 |
| Saya nak buat sign board untuk pusat tuisyen. Bagaimana saya naj mohon? | Tuan, Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan premis boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Walau bagaimanapun, pada bulan Ramdan, kaunter dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, puan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 22.06.2019 |
| tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |