Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditonton


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
Video ditonton "pada" peranti mudah alih atau "di" peranti mudah alih, yang mana betul tatabahasanya?

Ayat yang betul ialah Video ditonton “melalui” peranti mudah alih.  Penggunaan kata sendi nama “melalui” lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  Kata sendi nama “melalui” digunakan untuk menunjukkan perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223.

Tatabahasa25.10.2024
Saya masih keliru dengan soalan no. 1. Sesuaikah penggunaan perkataan ini dalam ayat "Pada pendapat saya, filem yang bercorak keganasan tidak sesuai ditonton dengan kanak-kanak. "?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata dengan bermaksud berserta, bersama, disertai(oleh),ditemani(oleh). Ayat yang dikemukakan bermaksud menonton bersama-sama dengan kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan kata dengan dalam ayat tersebut sesuai.  Tatabahasa30.05.2008
A. Perkataan atau istilah bahasa Malaysia bagi perkara berikut? 1. Orang yang menentukan jangka waktu sesuatu sarikata dipaparkan atau jangka masa video? (English: Timer) 2. Proses penentuan jangka waktu di atas? (English: Timing) 3. Orang yang membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa? (English: Editor) 4. Orang yang menghasilkan gaya tulisan atau video? (English: Typesetter) 5. Proses penghasilan gaya tulisan di atas? (English: Typesetting) 6. Tulisan bergerak bersama lagu (bahasa Jepun: Karaoke) 7. Orang yang mencantumkan video asal, audio asal, dan sarikata yang dibuat sendiri serta penambahbaikan video menjadi satu 'file' video baharu yang boleh ditonton di komputer biasa? (English: Encoder) 8. Proses percantuman di atas? (English: Encoding) 9. Orang yang mencantumkan video, audio dan sarikata ke dalam 'file' berformat .mkv yang selalunya tidak dapat dimainkan dan tidak dapat ditonton di komputer biasa? (English: Muxer) 10. Proses percantuman di atas? (English: Muxing) 11. Orang yang memeriksa semula video yang telah siap di-'encode' untuk memastikan kualiti terjaga? (English: Quality Checker) 12. Proses pemeriksaan di atas? (English: Quality Checking) 13. Orang yang mengedarkan video tersebut? (English: Distributor) B. Adakah perkataan 'efek' betul dari segi bahasa Malaysia dengan maksud 'kesan khas'? Adakah terdapat istilah lain untuk 'efek' ataupun ia sebenarnya membawa maksud yang berbeza? (English: Effect)

(1)Timer-penjaga masa;(2)Timing–tempoh masa;(3)Editor-Editor;(4)Typesetter-pengatur huruf;(5)Typesetting-mengatur huruf; (6)Karaoke-karaoke; (7)Encoder-pengekod; (8) Encoding-pengekodan; (9) Muxer – pemultipleks; (10) Muxing-pemultipleksan; (11)Quality Checker – pemeriksa kualiti; (12)Quality Checking-memeriksa kualiti; (13) Distributor-Pengedar; (14)B. Effect-kesan; (15) Special effect – kesan khas.  

Istilah03.03.2014
Adakah perkataan "gajet " boleh digunakan?Perkataan gajet boleh digunakan selepas ejaannya disesuaikan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu. Perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut:


gajet  n alat atau peralatan yg berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak atau kepuasan sso: Anak-anak cepat meniru apa yg ditonton dlm video melalui gajet komunikasi spt tablet dan televisyen pintar. Ada pelbagai gajet yg boleh dibeli utk kegunaan dlm kereta bagi memudahkan kerja memandu anda.
Ejaan29.03.2023
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH.

Saudara,

Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon.

i. Kamus Dewan Edisi Keempat 

 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~;

ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan

1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.

Makna07.09.2009

Kembali ke atas