untuk tajuk back drop samada: MAJLIS MERAIKAN PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR ataupun MAJLIS MERAIKAN PESARA-PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR untuk tagline... KASIH DISEMAI...BAKTI DITUAI atau KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI yang mana lebih tepat digunakan. | Assalammualaikum WM WBT Tajuk latar pentas yang betul ialah MAJLIS MERAIKAN PESARA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. Ejaan tema yang tepat ialah KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI. Untuk makluman saudara, ejaan yang betul ialah sama ada bukan samada. | Ejaan | 19.02.2014 |
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih. | 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Apakah fungsi perkataan sementara dan untuk dalam ayat-ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 2(a) Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 29.11.2012 |
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. | Sila hubungi kami semula dan nyatakan perkataan manakah yang memerlukan penjelasan kerana tidak ada perkataan yang bergaris dalam kedua-dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.11.2012 |
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | Sila hubingi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas (perkataan manakah yang bergaris?). | Tatabahasa | 14.11.2012 |