Bolehkah saya gunakan perkataan "bina" dalam ayat berikut: Cikgu ditugaskan "bina" soalan untuk darjah tiga. Bukakankah lebih baik: Cikgu ditugaskan "menyiapkan" soalan untuk darjah tiga. Harap dapat pandangan pihak tuan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah membina, bukan bina. Ayat yang betul ialah Guru/cikgu ditugaskan membina/menyediakan soalan untuk murid darjah tiga. | Istilah | 19.01.2010 |
Saya ditugaskan membuat kajian sastera berkaitan cerpen. bolehkah saya mendapatkan cerpen-cerpen terbitan dbp? Bolehkah pihak tuan/puan email kepada saya 2/3 cerpen sastera untuk saya kaji. | Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-amana perpustakaan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 27.11.2015 |
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Penggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252. | Tatabahasa | 21.07.2012 |
saya ditugaskan untuk menyelaraskan penerbitan modul latihan pemakanan untuk agensi.soalan saya ialah cth: modul pertama telah diterbitkan pada tahun 1996.salah satu modul penulis asal adalah PUAN A, dan pada tahun 2012, modul itu telah ditulis semula PUAN B.tetapi, bila saya go through modul yg ditulis oleh PUAN B, saya dapati gaya bahasa adalah sama seperti yg ditulis oleh PUAN A.PUAN B hanya update beberapa term baru sahaja.jadi, pada pandangan tuan, siapakah penulis modul itu...since kami assign puan B sebagai penulis dan PUAN A sebagai reviewer | Jika gaya bahasa dan isi kandungannya masih sama, kecuali beberapa perkataan/istilah yang hanya dikemaskini, penulis sebenar tetap Puan A. | Lain-lain | 17.04.2012 |
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi. | Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 10.10.2010 |
Seorang pengakap ditugaskan menyalakan api untuk ... air menjerang atau merebus | Kedua-dua perkataan menjerang dan merebus air boleh digunakan. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih. | Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan. | Lain-lain | 06.09.2009 |
Salam. Saya ditugaskan untuk mencari perkataan yang sebetulnya untuk digunakan diWEB untuk pilihandua bahasa iaitu English dan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU. Mana perkataan yang patut digunakan? TQ | Bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum, oleh itu dalam situasi yang dinyatakan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu tetap digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. | Lain-lain | 27.05.2009 |
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasih | Merujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa. | Makna | 12.01.2011 |