Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditujui


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Tuan/ Puan, 1) Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju / Selepas masa sejam, kami tiba di destinasi yang ditujui? Yang manakah merupakan ayat yang tepat? Adakah penggunaan frasa 'selepas satu jam' salah dari segi bahasa? Destinasi yang dituju / ditujui, yang manakah merupakan imbhan yang betul? 2) Saya bertukar / menukar pakaian untuk berenang di laut. Yang manakah merupakan pengimbuhan yang betul? 3) Adakah frasa 'menikmati pemandangan laut yang indah' salah dari segi bahasa? 4) Bolehkah penanda wacana seperti selepas itu, tidak lama kemudian digunakan dalam permulaan penulisan berformat catatan? Contohnya, 12:00 tengah hari Tidak lama kemudian, kami menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Terima kasih.

1.    Ayat yang tepat ialah, “Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju”. Frasa “selepas satu jam” adalah betul dari segi tatabahasa.

2.    Saya (bertukar/menukar) pakaian untuk berenang di laut. Kedua-duanya boleh digunakan.

3.    Frasa “menikmati pemandangan laut yang indah” adalah betul.

Tiada format khusus yang boleh dirujuk untuk penulisan catatan. Walau bagaimanapun, kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Frasa penanda wacana “selepas itu” adalah merupakan penghubung tempoh yang merupakan penanda yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Frasa “tidak lama kemudian” pula boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. 
Tatabahasa16.04.2022
salam sejahtera ! 1. sampai di sekolah 2. sampai ke sekolah 3. diantara saya dan ibu 4. diantara saya dengan ibu Mohon pandangan tuan, yang mana betul... T.kasih1. Sampai di sekolah - menunjukkan tempat ketibaannya, kata sendi nama "ke"  menunjukkan arah atau tempat yang ditujui seperti "berjalan kaki ke sekolah".
3. "Antara saya dengan ibu".  
Tatabahasa23.07.2015
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tqPenggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Selamat datang ke negeriku. 2. Selamat datang di negeriku. Minta tuan sertakan penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Selamat datang ke negeriku". Penggunaan sendi "di" adalah tidak tepat kerana ia adalah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan lain-lain. Sebagai contohnya, "Ali tinggal di Kuala Lumpur." Manakala sendi "ke" pula ialah kata sendi yang menunjukkan arah atau tempat dan lain-lain yang ditujui. Maka, penggunaan sendi "ke" adalah lebih tepat kerana ayat tersebut mengalu-alukan pelawat yang datang ke negerinya.Tatabahasa15.12.2014
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf?

1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 

2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP.

3. Ke :-  kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo;   Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

Lain-lain19.03.2009

Kembali ke atas