Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituliskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kenapa nama orang mesti dituliskan dengan huruf besar pada mulanya dan mengapakah nama orang malayu sangat panjang?Huruf besar digunakan pada nama orang kerana nama orang merupakan kata  nama khas bagi manusia. Bagi soalan kedua penamaan seseorang bergantung pada diri atau pihak berkenaan  yang memilih untuk menamai seseorang.Ejaan15.11.2008
Penggunaa perkataan bahawa atau bahawasanya yang mana lebih tepat untuk dituliskan pada permulaan ayat.

Sdr Woon,

Dua contoh kata hubung komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

   (1)  Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

   Untuk makluman sdr, kata bahawa sinonim (kata yang sama atau hampir sama)  dengan kata bahawasanya, sesungguhnya, dan sebenarnya. Oleh hal yang demikian, sdr boleh menggunakannya kata hubung ini dalam pembinaan sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, kata bahawa jarang-jarang digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam laras undang-undang. Contohnya dalam ikrar majlis rasmi: Bahawasanya kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara.

Tatabahasa21.03.2009
Assalamualaikum wbt. tuan/puan, saya mohon bertanya.. apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk ..dituliskan pada slide yang kita nak tayang montaj kepada tetamu.. gambar2 sepanjang kejadian, persiapan untuk menyediakan program berkenaan.. sebagai contoh persiapan sepanduk dll. Kalau pancarona..jika dilihat maknanya pelbagai warna..macam tak sesuai.. Terima kasihWaalaikumussalam tuan/puan,
Cadangan perkataan yang sesuai bagi menunjukkan persiapan untuk menyediakan sesuatu program ialah persiapan program.
Sekian terima kasih  
Tatabahasa12.12.2017
Salam... Apakah kata ganti nama yang paling sesuai untuk perkataan Islami. Ini kerana beberapa atikel menggunakan perkataan tersebut ada dituliskan namun tiada kata seerti tersenarai di dalam sistem DBP. Adakah wajar perkataan ini terus digunakan jika belum diwartakan dalam daftar kata bahasa melayu. Sekian, terima kasih.Perkataan Islami tidak terdapat dalam Kamus Dewan atau mana-mana sumber terbitan DBP. Mohon saudara nyatakan dalam artikel mana atau bagaimana penggunaan perkataan ini dalam artikel yang saudara baca bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.Istilah27.06.2010
Selamat sejahtera. Bolehkah perkataan "yang mana" digunakan dalam ayat berikut: "Hotel yang mana lebih baik?" Adakah ayat ini lebih tepat jika dituliskan sebagai "Hotel yang mana satu lebih baik?" ATAU "Hotel mana satu lebih baik?" ATAU "Mana satu hotel lebih baik?" Terima kasih.frasa yang betul ialah  Manakah hotel yang lebih baik? atau Hotel yang lebih baik mana?Tatabahasa19.06.2019
Guru sekolah anak saya merujuk kpd buku teks tahun 4, 5 &6 SJK dan mengingatkan murid tahun 6 bhw surat tak rasmi harus dituliskan nama pengirim sebelum alamat pengirim di bhg atas sebelah kiri surat. Saya ingin mendapat kepastian drp anda tentang isu ini sama ada nama pengirim harus ditulis. Terima kasih!Untuk makluman tuan, kandungan buku teks telah disemak oleh panel yang dilantik oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dan disahkan oleh pihak kementerian. Jika terdapat sebarang kekeliruan, sila rujuk kepada pihak yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kementerian, iaitu guru di sekolah. DBP mengguna pakai pekeliling kerajaan yang pemakaiannya khusus kepada urusan/surat-menyurat rasmi.Lain-lain31.08.2013
Bolehkah saya pakai nama Sports Bistro pada kedai makan saya?Nama itu boleh digunakan sebagai nama kedai. Akan tetapi, di bahagian atas sebelah kiri, perlu dituliskan jenis perniagaan yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Contoh: Bistro atau Kedai Makan atau Restoran.

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain05.08.2015
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'huruf besar' (capitalization) bagi perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab. Bagi perkataan-perkataan berikut, adakah boleh sekiranya huruf besar digunakan di setiap permulaan kata, sebagaimana yang dituliskan di bawah ini? - Tanah Haram - Miqat - Tawaf - Ihram Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja mengikut sistem bahasa asalnya, kecuali yang telah diterima sebagai kata umum.
    Oleh itu, penggunaan huruf besar bagi perkataan Arab hanya digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama tempat, nama orang, nama institusi Dan sebagainya. Ia juga boleh ditulis dengan huruf besar apabila berada pada permulaan kata dipangkal ayat, pada permulaan kata cakap ajuk, Dan pada permulaan baris-baris puisi iaitu sama seperti sistem dalam bahasa Melayu. 
Contoh:
Tanah Haram - ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kerana menunjukkan nama tempat.
Miqat - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Tawaf - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Ihram - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Lain-lain18.02.2008
1. Apakah maksud Istilah Sasar? 2. "..pesakit berumur 32 tahun, gravida 3 para 2 pada usia kandungan..." Adakah penggunaan gravida dan para dalam ayat di atas betul? Perlukah G dan P tersebut huruf besar? Adakah gravida dan para tersebut perlu dituliskan dalam bentuk italic (sebagai perkataan bahasa inggeris)? Terima kasih

1. Istilah sasar merujuk kepada istilah dalam bahasa kelompok sasaran, iaitu istilah dalam bahasa Melayu.

2. Tidak ada contoh penggunaan perkataan “gravida 3 para 2” dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan, “gravida” merujuk kepada wanita yang hamil.  “Primigravida” ialah wanita yang baru pertama kali hamil. “Multigravida” pula wanita yang hamil kali kedua hingga kelima. Sehubungan dengan itu, untuk merujuk kepada wanita yang hamil kali ketiga, penggunaan yang betul ialah “multigravida”. Manakala berdasarkan hasil carian di Internet, “para” dalam bidang perubatan merujuk kepada wanita hamil di luar kandungan dan mampu melahirkan bayi tersebut. Perkataan “gravida” dan “para” perlu dieja dengan huruf kecil dan tidak perlu diitalikkan kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa23.12.2020
Xiuhao Lim Aug 18th, 2:33pm Hi bolehkah saya tanya hari kemerdekaan adalah nama khas atau nama am? Hari kemerdekaan patut tulis dlm huruf besar atau huruf kecil utk perkataan yg pertama. Begitulah dgn "merdeka" sebab sy nampak dlm buku teks anak sy darjah 1. Merdeka dituliskan dlm huruf besar utk perkataan yg pertama. contoh: Murid-murid melaungkan "Merdeka! Merdeka!" Terima kasihHari Kemerdekaan ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Ejaan18.08.2014
12

Kembali ke atas