Bagi sesautu yang ditumbuk seperti lada, apakah kata adjektif yang tepat 'hancur' atau 'lumat'? | Jawapan yang betul ialah lumat. Contoh ayat, lada ditumbuk hingga lumat. | Lain-lain | 04.05.2010 |
Yang manakah betul untuk penggunaan "di atau pada" dan "ke/kepada" dalam ayat berikut: 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk *di/pada bahagian kepala sebanyak 4 kali. 2. Pesakit mengadu sakit *di/pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum *di/pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan (referral of patient) *ke/kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. Mohon huraian penjelasan bagi setiap soalan. Terima kasih. | Jawapan yang betul seperti berikut, 1. Pesakit mendakwa beliau telah ditumbuk pada bahagian kepala sebanyak empat kali. 2. Pesakit mengadu sakit pada bahagian bawah belakang badannya. 3. Kesakitan minimum pada bahagian bawah belakang badan. 4. Rujukan kepada Jabatan Psikiatri telah dibuat. | Tatabahasa | 08.01.2022 |
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK) | I. Pijar. II. Pedih. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Apakah kata adjektif yang sesuai bagi sesuatu yang ditumbuk? 'Lumat' atau 'hancur'? | Bergantung kepada kuantiti. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Bawang merah yang ditumbuk oleh ibu itu sudah retak. (2) Fikiran Ramli kecoh memikirkan beban hutangnya itu. | Pada pandangan kami kedua-dua ayat adalah salah. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang istilah inai Mehendi bagi masyarakat India. Adakah betul ejaan tersebut di dalam bahasa Melayu? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Inai dan “mehndi” merujuk objek yang sama, iaitu sejenis tumbuhan yang daunnya ditumbuk untuk menghasilkan pewarna merah. “Mehndi” berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu “mendhika” yang juga merujuk pokok inai. “Mehndi” bukan perkataan bahasa Melayu. Inai sahaja sudah mencukupi untuk merujuk pokok atau bahan pewarna bagi jari, rambut dan sebagainya. | Istilah | 30.05.2020 |
Penggunaan "di". Bila perlu jarak dan bila perlu rapat? Terima kasih. | Harus dibezakan fungsi di sebagai kata sendi nama dan di sebagai imbuhan. Di sebagai kata sendi nama mesti dieja jarak dengan perkataan yang mengikutinya,hadir sebelum tempat atau arah contohnya di bawah, di pasar, di timur. Manakala di sebagai imbuhan dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya, hadir sebelum kata kerja seperti dibuat, ditumbuk, dan disepak. | Tatabahasa | 23.08.2017 |