| 1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima? | 1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut. 2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang. 3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul. 4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 17.08.2020 |
| 1. Yang mana satukah ayat pasif yang betul? a. Pertandingan itu disertai oleh kami sekeluarga. b. Pertandingan itu kami sekeluarga sertai. c. Unta tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik. d. Unta tidak pernah saya dan adik tunggang. 2.yang mana satukah rangkai kata yang betul? a. sedikit sebanyak b. sedikit banyak c. kedua-duanya boleh diterima 3."lain-lain negara" salah. Yang betul ialah ... a. negara-negara lain b. negara lain c. kedua-duanya boleh diterima | Jawapan bagi (ID Soalan: 51222) ayat pasif yang betul ialah: c. “Pertandingan itu kami sekeluarga sertai” dan pembetulan jawapan bagi pertanyaan (ID Soalan: 51217) ayat pasif yang betul ialah: “Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan” dan “Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki.” Jawapan bagi rangkai pula “sedikit sebanyak”, “sedikit banyak”, “negara-negara lain” dan “negara lain” adalah betul.
| Tatabahasa | 19.08.2020 |