Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, jika dialog dituturkan oleh Nabi Muhammad SAW yang tinggi darjatnya, adakah KGN dalam dialog itu perlu direndahkan tarafnya memandangkan ia diturutkan oleh Baginda? Contoh: Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya, Allah membantu Hassan dengan Malaikat Jibril selagi dia/beliau mempertahankan Rasulullah." Hassan yang dimaksudkan ialah cucu Baginda. Seseorang yang terkemuka. Terima kasih. | Berdasarkan ayat yang diberi kata ganti nama “dia” boleh digunakan. | Lain-lain | 12.01.2022 |
1.Apakah maksud perkataan menggalang ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri; 3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.03.2010 |