adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat. | Tatabahasa | 03.04.2010 |
Nak tanya mengenai penggunaan ayat untuk mengatakan kedai ditutup. Antara dua pilihan ini yang mana betul : 1. Kedai Empayar Abang Long tutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. 2. Kedai Empayar Abang Long ditutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. Patut guna tutup ataupun ditutup? | Ayat yang betul ialah: Kedai Empayar Abang Long akan ditutup esok untuk pengubahsuaian. | Tatabahasa | 29.03.2021 |
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3. | Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 19.07.2010 |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
adakah laman arkib soalan sudah ditutup? | Untuk makluman saudara medan arkib sedang dikemas kini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.09.2011 |
apakah maksud 'daun pintu'? | Bahagian pintu yang dibuka dan ditutup. | Tatabahasa | 02.11.2009 |
Bolehkah tuan menyemak tatabahasa ayat di bawah terutamanya melibatkan 'di antara' 'antara' 'antara..dengan'? Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan. | Penggunaan yang betul ialah seperti yang berikut: Bahagian landasan dari stesen LRT Damai ke stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan dari stesen LRT Pasar Seni ke stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.
| Tatabahasa | 26.05.2021 |
Mohon tanya ayat ini betul atau salah? Malah dilaporkan 30% peratus peduduk PPRT sekarang ini terpaksa hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang akibat sektor ekonomi tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya. | Ayat yang gramatis ialah Malah dilaporkan 30% peratus penduduk PPRT pada saat ini terpaksa hidup melarat kerana tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya.
| Tatabahasa | 09.07.2021 |
Jane Gherardini MON 23:59 Salam. Saya ingin tanya berkenaan dengan permohonan bagi jawatan pegawai perancang bahasa s41 yang telah ditutup pada 13hb dis lepas. Saya telah hantar permohonan lengkap secara manual. Bila dan macam mana cara saya boleh semak status permohonan tersebut? Laman web dbp tidak ada membuat sebarang pengumuman. Ada sebarang nombor telefon atau emel | Calon yang berjaya akan dihubungi oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia, DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 09.01.2017 |
Selamat malam, saya ingin membaca penerangan yang tuan beri kepada individu lain.Bagaimanakah caranya saya boleh membaca soalan individu dan jawapan tuan? terima kasih. | Untuk sementara waktu medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam bagi tujuan pengemaskinian. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada pengguna. | Lain-lain | 03.08.2011 |