Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituturkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Kata-kata yang dituturkan oleh pemuda itu adalah palsu belaka.ADA SALAH TAK?Kata pemeri 'adalah' tidak perlu hadir dalam ayat tersebut, Kata-kata yang dituturkan oleh pemuda itu palsu belaka.Tatabahasa15.08.2012
Assalamualaikum Wr.Wb. Saya ingin mengetahui mengenai sistem dan cara Sebutan Baku Johor-Riau, seperti yang dituturkan oleh penduduk Melayu di kawasan Nusantara ini. Terima kasih. Wassalam.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.Lain-lain27.09.2006
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
Assalamualaikum dan salam sejatera, Saya ingin mendapat kepastian dari pihak DBP mengenai persoalan ini; Adakah bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya boleh dikategorikan sebagai Bahasa Melayu? Terima kasih.

Waalaikumsalam dan Salam Sejahtera.

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat;

Baba bermaksud, 1. Segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.

Nyonya pula bermaksud, 1. panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami 2. perempuan Cina dr golongan Baba.

Maka jelas menunjukkan bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya ialah bahasa Melayu dialek Baba atau lebih dikenali sebagai bahasa Melayu Peranakan Baba Nyonya.

Lain-lain28.01.2014
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku?Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.Lain-lain24.01.2007
assalamualaikum. saya ingin bertanya, adakah penggunaan 'saya sekeluarga' salah? sekiranya salah, mengapakah ayat ini dikatakan salah?Frasa saya sekeluarga tidak salah, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks penggunaanya. Lihat penjelasan kami sebelum ini. Jika ungkapan itu dituturkan ketika berlawan cakap antara seorang dengan seorang yang lain, ayat "saya sekeluarga akan pergi Pulau Pinang" paling tepat. Jika dituturkan kepada seseorang yang lain dan disertai oleh ahli keluarganya, ayat "kami sekeluarga..." yang paling tepat.Tatabahasa23.11.2015
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN

Perkataan bermaksud  1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna17.04.2009
bahasa kasar dan bahasa halusBahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja. Makna21.08.2010
Assalamualaikum, Bahasa TETAW itu bahasa apa ya? Saya lihat dalam PRPM ada terakam kata-kata yang berasal daripada bahasa tersebut.Bahasa Tetaw dituturkan oleh etnik Tetaw yang mendiami kawasan Tatau di Bintulu, Sarawak.Penyelidikan04.04.2017
123456

Kembali ke atas